PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran adalah bahagian yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan teras bagi membolehkan Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah secara keseluruhannya menyalurkan perkhidmatan dengan lancar, cekap dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Bahagian Pentadbiran secara amnya mengendalikan segala urusan berkaitan Pengurusan Am, Perkhidmatan, Perjawatan, Kewangan, Perolehan, Pengurusan Aset, Pembangunan, Latihan serta Teknologi Maklumat. Unit-unit di bawah bahagian pengurusan dan pentadbiran termasuklah unit pentadbiran, unit kewangan, unit perkhidmatan dan unit kejuruteraan.
Antara aktiviti-aktiviti:
Melaksanakan semua aktiviti merekod, memproses, menyemak dan menyelaras dalam urusan perkhidmatan anggota dari perlantikan hingga anggota bersara (berpencen)
Membuat permohonan perjawatan ABM tahunan
Menyelaras dan mengemaskini maklumat penyandang mengikut bangsa, jantina dan OKU
Menyedia laporan-laporan perjawatan untuk dikemukakan kepada JKNK
Mengurus sistem aplikasi HRMIS
Mengurus urusan kenderaan jabatan
Mengurusan urusan aset dan stor jabatan
Melaksanakan urusan kewangan jabatan yang meliputi gaji anggota, pembayaran ke atas elaun perjalanan, kerja lebih masa, kutipan hasil, dan pembayaran ke atas kerja yang dilakukan oleh syarikat.
Menguruskan laporan-laporan berkaitan kewangan
Mengurus projek-projek pembangunan yang bertaraf sebut harga serta projek-projek kecil
Mengurus urusan perolehan
Melaksanakan sistem ICT Jabatan dan memastikan talian berada dalam keadaan memuaskan
Menguruskan laporan-laporan aset alih dan tak alih kerajaan dan pembangunan untuk di hantar kepada JKNK.