PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
PEMBANGUNAN KESIHATAN KELUARGA
Bermula dari sebelah kiri adalah En Rohadi bin Mat Daud (Penyelia Penolong Pegawai Perubatan), Puan Zuraini Binti Yasin (Ketua Penyelia Jururawat Kesihatan Daerah),
Dr. Nik Aida Binti Nik Adib (Pegawai Kesihatan Daerah Tanah Merah), Dr Wan Norizatil Husna Binti Wan Mohd. Mokhtar (Pegawai Perubatan Kesihatan Keluarga)
dan En. Sukri bin Mohamed Nor (Ketua Penolong Pegawai Perubatan Daerah)
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Pejabat Kesihatan Tanah Merah adalah tonggak utama perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di Tanah Merah. Bahagian ini bertanggungjawab untuk menyelaras dan memastikan perkhidmatan yang disalurkan melalui pelbagai fasiliti kesihatan sama ada fasiliti statik atau bergerak. Sehingga 2024, terdapat 8 buah klinik kesihatan, 17 klinik desa dan 1 klinik komuniti beroperasi dan perkhidmatan kesihatan turut diberikan di institusi seperti Depot Tahanan Imigresen yang terletak di Jajahan Tanah Merah.
Aktiviti utama unit ini adalah untuk memastikan semua polisi-polisi yang dibangun oleh KKM dapat dilaksanakan dipelbagai peringkat Fasiliti Kesihatan. Selain daripada itu, unit ini menyelaras dan memantau semua aktiviti-aktiviti berkaitan Perkhidmatan Kecemasan dan Pre Hospital Care, Perkhidmatan Perubatan, Perkhidmatan Sokongan dan Teknikal, Pembangunan Infrastruktur, Program Kualiti, Pengurusan Maklumat serta Tele Primary Care (TPC).
Selain itu, unit ini juga bertanggungajawab untuk memberikan perkhidmatan yang komprehensif meliputi semua peringkat umur iaitu mulai lahir hingga ke akhir hayat (from womb to tomb) merangkumi perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak, Kesihatan Remaja dan Sekolah, Kesihatan Wanita & Warga Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Program Saringan Talasemia.
Perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh fasiliti kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Tanah Merah telah dilengkapkan dengan adanya perkhidmatan dari Unit Fisioterapi, Unit Perubatan Cara Kerja, Unit Dietetik, Unit Pemakanan, Farmasi dan Unit Makmal Perubatan