Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, laman web Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah telah dilancarkan secara rasminya pada tahun 2024.
Laman web ini merupakan salah satu medium Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah untuk menyalurkan informasi dan maklumat berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah dan kesemua klinik di bawah naungannya seiring dengan perkembangan teknologi era digital dan hujung jari.
Laman web ini juga merupakan salah satu usaha Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah untuk memperkasakan individu, keluarga dan masyarakat dengan pengetahuan kesihatan selari dengan visi Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah untuk menjadikan Tanah Merah sebagai sebuah daerah yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran.
Semoga laman web ini dapat menjadi rujukan dan memberi manfaat kepada orang ramai khususnya penduduk Tanah Merah dan rakyat Malaysia secara amnya. Pandangan membina daripada pengunjung portal rasmi ini adalah dialu-alukan bagi memantapkan lagi pengurusan kesihatan dan kemudahan yang disediakan. Selamat melayari portal rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah
DR NIK AIDA BINTI NIK ADIB
PEGAWAI KESIHATAN DAERAH TANAH MERAH