UNIT PROMOSI KESIHATAN
Unit Promosi Kesihatan, atau dahulunya dikenali sebagai Unit Pendidikan Kesihatan adalah salah satu daripada unit yang terletak di bawah Bahagian Epidemiologi Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah. Pada peringkat awal penubuhannya, unit ini ditugaskan untuk mengedar bahan-bahan bercetak pendidikan kesihatan. Kemudian, fungsi unitini telah dipertingkatkan daripada pengedaran bahan-bahan promosi kepada pengurusan program-program promosi dan pendidikan kesihatan kepada penduduk setempat.
Antara aktivit-aktiviti unit promosi kesihatan adalah:
Melaksanakan program pendidikan dan promosi kesihatan
Menjalankan kempen-kempen seperti kempen cara hidup sihat, sambutan hari kesihatan dan program- program khas
Mengadakan program pendidikan kesihatan melalui media massa
Menerbitkan dan mengedarkan bahan pendidikan kesihatanÂ