UNIT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
Unit keselamatan dan kualiti makanan di Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan dan kualiti makanan seperti Pematuhan dan Kawalan Makanan Domestik, Pensijilan, Pelesenan dan Pembangunan Industri Makanan, Komunikasi dan Kepenggunaan, Survelan Makanan, Import dan Eksport Makanan, Penguatkuasaan Akta Makanan 1983, Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan- Peraturan di bawahnya.
Antara aktivit-aktiviti unit keselamatan dan kualiti makanan adalah:
Merancang, melaksana, memantau dan menilai program keselamatan dan kualiti makanan
Memantau penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih
Menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai aspek keselamatan makanan