Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah akan memberi tumpuan kepada 'perkhidmatan yang berkualiti' serta 'kepuasan pelanggan' dalam menyampaikan/menyediakan perkhidmatannya kepada masyarakat.
Bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan, Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan melalui langkah-langkah berikut:-
Mengenalpasti keperluan pelanggan
Mengambil kira keperluan pelanggan dalam perancangan perkhidmatan
Menentukan keperluan untuk pelaksanaan perkhidmatan
Melaksana dan memantau pelaksanaan perkhidmatan selaras dengan sasaran yang telah ditetapkanĀ
Mendapatkan maklumbalas pelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikan