PROGRAM PPI

PROGRAM PENSYARAH PELAWAT INDUSTRI (PPI): LAWATAN AKADEMIK KE CISCO SYSTEMS (MALAYSIA) SDN BHD

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Satu lawatan ke Cisco Systems (Malaysia) Sdn Bhd telah berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 4 April 2023 (Selasa)

Masa   : 9:00 pagi - 6:00 petang

Tempat : Cisco Systems (Malaysia) Sdn Bhd,  Kuala Lumpur

Peserta : Pelajar DDT 2A dan DDT2B JTMK PSIS

Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pakar industri dan professional dalam bidang rangkaian. Pelajar juga dapat mengalami dunia kerja yang sebenar dalam bidang rangkaian dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam industri ini pada masa akan datang.

Semoga dengan lawatan ini pelajar dan jabatan dapat meningkatkan pengetahuan dalam asas rangkaian dan teknologi terkini dalam sistem rangkaian, mendapat pengalaman sebenar berkaitan pekerjaan dalam bidang rangkaian dan mewujudkan hubungan baik antara politeknik dan industri.

Terima kasih.

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani

Kursus System Analysis dan Design adalah salah satu kursus teras yang ditawarkan kepada pelajar Semester 3 dan 4, Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital). Lawatan diadakan untuk mendapatkan gambaran yang jelas dalam situasi yang sebenar dalam pembangunan sistem.

Program PPI: Lawatan Akademik ke Big Dataworks Sdn. Bhd. yang disertai oleh 38 orang pelajar (DDT3A, DDT3B, DDT4A, DDT4B, DDT4C) dan diiringi oleh 3 orang pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu Ts. Muhammad Fauzi Bin Abdullah, Puan Noor Aishah Binti Zainiar dan Puan Deepa A/P Rajandran.

Kedatangan para pelajar DDT serta pensyarah pengiring telah disambut baik oleh Ketua Pegawai Eksekutif Big Dataworks Sdn. Bhd. iaitu En. Sheriza Zakaria dan enam (6) orang staf termasuklah Naib Presiden Teknologi Maklumat iaitu En. Musa.

En. Musa dan Pn. Jannah telah menerangkan fungsi dan peranan syarikat sejak penubuhannya. Program diakhiri dengan lawatan ke gudang dan pusat khidmat pelanggan.

Objektif program:

1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang analisa dan pembangunan sistem.

2. Mendapat pendedahan situasi sebenar daripada pihak industri dalam pengalaman dalam bidang analisa dan pembangunan sistem.

3. Mewujudkan hubungan baik antara politeknik dan industri.

#DFC40243SADAM

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani