KERJAYA

PRE-EMPLOYMENT WORKSHOP FOR GRADUATES SESSION II 2023/2024 

Satu bengkel kepada pelajar-pelajar semester akhir anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah berlangsung dengan jayanya pada ketetapan berikut.

Tarikh: 02/05/2024 (Khamis)

Waktu: 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Bilik Tayang, PSIS

En. Ong Chye Sun selaku Penceramah Jemputan telah mengendalikan program dengan pengisian yang padat dan berinformasi. 

Puan Nurul Ain binti Amir Adli dan Ts. Norqursiah binti Saad (Ketua Program DDT/DIT) juga turut hadir semasa penutup program seterusnya menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dan memberikan sepenuh komitmen sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan JTMK atas peluang yang diberikan, serta seluruh jawatankuasa yang telah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.