CSR

PROGRAM CSR : KURSUS MENGHASILKAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) MENGGUNAKAN caNVA

TARIKH : 24 SEPTEMBER 2022

TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAGAN TERAP, SABAK BERNAM

Telah berlangsungย  Program CSR, Kursus menghasilkan bahan bantu mengajar menggunakan aplikasi Canva bersama dengan Sekolah Menengah Bagan Terap melalui jalinan pintar Politeknik Sultan Idris Shah.

Program CSR ini melibatkan penceramah dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah Ts. NOORQURSIAH BINTI SAAD. Kursus CSR Canva ini telah disertai oleh 80 orang guru-guru SMK Bagan Terap.

Semoga semua peserta memperolehi manfaat dari program CSR jalinan pintar ini.


#PSISdesigningYourFuture

#Psisdihati

PROGRAM CSR CEMERLANG UPKK & PSRA 2022 SRA PARIT BARU

TARIKH :18 JUN 2022

TEMPAT : DEWAN SERI SABAK PSIS

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—–๐—ฆ๐—ฅ ๐—–๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—ฃ๐—ž๐—ž & ๐—ฃ๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜ ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Tarikh: 18 Jun 2022 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

Tempat: Dewan Seri Sabak, PSIS

Program CSR Cemerlang UPKK & PSRA 2022 SRA Parit Baru merupakan program anjuran bersama Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Politeknik Sultan Idris Shah dengan kerjasama Unit Psikologi & Kesihatan PSIS, Majlis Perwakilan Pelajar PSIS, dan Persatuan ibu Bapa & Guru SRA Parit Baru.

Program ini merupakan salah satu usaha ke arah membantu komuniti setempat secara umumnya. Program bertujuan memberi bantuan psikologi dan meningkatkan motivasi para pelajar SRA Parit Baru bagi menghadapi dua peperiksaan utama SRA iaitu Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) pada tahun 2022.

Seramai 120 orang pelajar SRA Parit Baru yang bakal menduduki peperiksaan telah dibimbing oleh Pegawai Psikologi PSIS iaitu Pn Noraisah Binti Ismail dan fasilitator yang terdiri daripada pelajar MPP bagi tujuan memberi motivasi dan menaikkan semangat mereka.