PROGRAM PPI

PPI: System Analysis & Design "Do It Right Way"

Bengkel PPI: System Analysis & Deisgn "Do It Right Way" anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah diadakan pada 30 April 2024 (Selasa) bertempat di Dewan Seri Sabak, PSIS.

Penceramah iaitu Puan Siti Nur Khadijah Aishah binti Ibrahim merupakan Penganalisa Sistem, Pusat Pembangunan Maklumat & Komunikasi, IDEC Gamma, UPM. Fokus program ini ialah kepada para pelajarSemester 3 dan 4, JTMK.P

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai topik dalam kursus System Analysis and Design  yang mempunyai peratus lulus yang rendah pada peperiksaan akhir dan membantu pelajar meningkatkan kemahiran belajar dan kefahaman melalui latih tubi dan latihan contoh soalan peperiksaan lepas dengan kaedah teknik belajar secara berkumpulan.

Semoga program ini juga dapat meningkat kemahiran menulis kertas cadangan projek teknologi maklumat dan memberikan nilai tambah kepada pelajar.



PPI: 5TH DIGITAL TECHNOLOGY, INNOVATION, IDEA AND EXHIBITION 2024 (5TH dTiiX2024)

Program PPI: 5th Digital Technology, Innovation, Idea and eXhibition 2024 (5th dTiiX2024) dengan bertemakan Teknologi ke Arah Pembangunan Insan anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah berlangsung di Makmal RK1, Makmal PA, Makmal HP1, Makmal GL1 dan Makmal GL2. 

Terdapat dua kategori pertandingan yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Projek Akhir Pelajar dan Pertandingan 'Project Pitching'. Seramai 106 orang pelajar yang terdiri daripada 10 kumpulan projek akhir pelajar dan 27 kumpulan 'project pitching' telah berusaha mengetengahkan cadangan projek, idea serta inovasi projek masing-masing. 

Program bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk memperkenalkan teknologi terkini dalam membangunkan inovasi yang dapat memberi impak dalam kehidupan harian manusia serta mempunyai nilai-nilai komersial yang mampu bersaing dengan produk inovasi di pasaran. 

Semua produk pelajar telah dinilai oleh fasilitator yang dijemput dari wakil industri dan pensyarah untuk berkongsi kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. 

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar dan pensyarah yang turut serta dalam program 5th dTiiX 2024.