PROGRAM JABATAN



Gotong royong Mega EKSA PSIS Siri 1 2024

Sempena bulan EKSA, dibantu oleh para pelajar semester satu, program EKSA peringkat JTMK telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2 Februari 2024.

BENGKEL INTERPRETASI KURIKULUM DIT SESI II 2023/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK) telah mengadakan satu Bengkel Interpretasi Kurikulum DIT Sesi II 2023/2024 seperti ketetapan berikut :

🗓Tarikh: 1 Februari 2024 (Khamis)

🕗Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

🏢Tempat: Makmal GL2, JTMK PSIS

🧕Penceramah: Puan Nurul Ain binti Amir Adli (Ketua Program DDT - Trek Sistem Rangkaian), Ts. Norqursiah binti Saad (Ketua Program DDT - Trek Pembangunan Sistem dan Aplikasi)

Bengkel ini melibatkan pensyarah-pensyarah JTMK, Ketua Kursus Matematik, Ketua Kursus Bahasa Inggeris, Ketua Kursus Pendidikan Islam dan Moral, Ketua Kursus Ko-Kurikulum Berkredit (Kelab), Ketua Kursus Ko-Kurikulum Berkredit (Sukan) dan Ketua Unit Peperiksaan PSIS.

Tujuan bengkel adalah untuk memberi pendedahan kepada pensyarah dalam memahami kurikulum dan format terbaharu Diploma Teknologi Maklumat (DIT) mengikut garis panduan MQA dan mempersiapkan pensyarah untuk menghadapi audit-audit yang akan diadakan kelak.

𝗕𝗘𝗡𝗚𝗞𝗘𝗟 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗜𝗧𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗗𝗜𝗧, 𝟯𝟭 𝗝𝗔𝗡𝗨𝗔𝗥𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟰, 𝗚𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗟𝗔𝗕 𝟭, 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜

𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 : 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜 & 𝗨𝗡𝗜𝗧 𝗟𝗔𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗡𝗝𝗨𝗧𝗔𝗡

Bengkel ini bertujuan memantapkan kemahiran pensyarah JTMK dalam menghasilkan soalan pentaksiran berterusan yang berkualiti dan mengikut aras yang bersesuaian. Di samping itu, pembinaan item penilaian ini membantu para pensyarah menghasilkan soalan yang setara dan digunapakai sebagai bank soalan penilaian. Penceramah ialah En. Mohd Zamri Bin Jamaludin, Pensyarah Rujukan Pembinaan Item Penilaian.

Sekitar Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2023/2024. Seramai 57 orang pelajar baharu Diploma Teknologi Maklumat telah mendaftarkan diri. Selamat menjadi ahli keluarga JTMK PSIS .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Telah berlangsung Bengkel Pengurusan Kerja Berpasukan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 26 - 27 Januari 2024. 

Tempat: Impian Rimba Resort, Hulu Langat Selangor.

Bengkel yang dilaksanakan ini telah memberi impak yang sangat baik kepada jabatan. Antaranya adalah dapat meningkatkan prestasi dan daya saing di dalam organisasi, berjaya memupuk sikap menghormati pandangan dan pendapat ahli kumpulan dalam menyelesaikan masalah dan membentuk keyakinan diri dan kebebasan menyuarakan pendapat di kalangan ahli kumpulan.

Diharapkan supaya bengkel-bengkel seperti ini dapat diteruskan lagi untuk meningkatkan prestasi staf dan sekaligus meningkatkan prestasi jabatan. 

EMPOWER YOUR POTENTIAL : IGNITING THE SPARK WITHIN


Satu program motivasi dan pembangunan diri anjuran Sistem Penasihatan Akademik JTMK dan Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya (UPPSiK) PSIS telah berlangsung dengan jayanya pada ketetapan berikut.

🗓 Tarikh: 24/4/2024 (Rabu)

🕗Waktu: 9.00 pagi - 1.00 petang

🏢Tempat: Makmal Rangkaian 1, JTMK

Puan Harmiza selaku Pegawai Psikologi dan Ketua Unit UPPSiK telah mengendalikan program dengan pengisian yang padat dan berinformasi. Beliau turut dibantu oleh rakan setugas, Cik Fatin.

Puan Nurul Ain binti Amir Adli (Ketua Program DDT/DIT) juga turut hadir semasa penutup program seterusnya menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Terima kasih dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dan memberikan sepenuh komitmen sepanjang program berlangsung. Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan JTMK atas peluang yang diberikan, serta seluruh jawatankuasa yang telah melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.


Program Jelajah Interpretasi Kurikulum Diploma Information Technology (DIT)

Telah berlangsung pada ketetapan berikut

Nama Program: Program Jelajah Interpretasi Kurikulum Diploma Information Technology (DIT)

Tarikh: 18 April 2024

Peserta: Pensyarah PUO dan pensyarah POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH

Ucaptama telah disampaikan oleh pengarah PUO, Dr. Shamsuri bin Abdullah, manakala Ts. Dr. Raudyah binti Md. Tap, Ketua Penolong Pengarah Bidang Perkomputeran dari JPPKK telah menyampaikan penerangan berkaitan struktur kurikulum DIT yang baharu. 

SUMBANGAN DUIT RAYA KEPADA PELAJAR ANAK YATIM DAN JUGA ASNAF DI JTMK.


Sempena Syawal yang bakal menjelma, JTMK amat berbesar hati berkongsi rezeki berbentuk duit raya dengan para pelajar JTMK PSIS  yang terdiri daripada 28 orang pelajar anak yatim dan asnaf. Sumbangan duit raya ini telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, YBrs. Ts. Zurita binti Abdul Kadir.

Diharapkan sumbangan ini dapat menghadirkan keceriaan dan kegembiraan para pelajar menyambut lebaran tidak lama lagi.

Ramadan bakal berlalu pergi,

Lambaian Syawal kian dinanti,

Duit raya diberi kegembiraan dikongsi,

Tanda mensyukuri nikmat Ilahi.

PROJEK BERKONGSI REZEKI : EDISI RAMADAN 1445H.


Projek Berkongsi Rezeki : Edisi Ramadan 1445H telah disampaikan oleh ketua jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ybrs. Ts. Zurita binti Abdul Kadir.

Projek yang dikelolakan oleh jawatankuasa Kebajikan Pelajar JTMK ini telah menerima sumbangan yang amat menggalakkan dan hasil daripada sumbangan itu, dapatlah pelajar-pelajar DIT & DDT JTMK PSIS menerima sumbangan juadah berbuka puasa berbentuk packfood.

Terima kasih kepada yang sudi memberikan sumbangan. Semoga Allah gandakan pahala sedekah dan diperkenankan segala hajat dan doa kalian semua.