KERJAYA

PRE EMPLOYMENT WORKSHOP FOR GRADUATES

Tarikh : 09 Mac 2023 (Khamis)

Masa : 8.00pagi - 5.30 petang

Tempat : Dewan Syarahan 3, PSIS

JTMK PSIS telah mengadakan Program Pre Employment Workshop For Graduates yang telah disertai oleh para pelajar semester akhir (DDT4A, DDT4B, DDT4C, DDT5A, DDT5B). Penceramah bagi program ini adalah Mr Ong Chye Sun dari MMS Training & Consultancy (M) Sdn Bhd.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti komunikasi, etika dan ketrampilan diri bagi menarik perhatian bakal mahupun majikan, menampilkan diri secara profesional dan matang dengan pengetahuan yang mantap dan mempersiapkan pelajar untuk memasuki alam pekerjaan.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan, Penolong Ketua Jabatan, , Ketua-ketua Program, Jawatan Kuasa Program, Penasihat-penasihat Akademik DDT4A, DDT4B, DDT4C, DDT5A, DDT5B dan semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, pelajar dapat mengambil manfaat dengan ilmu-ilmu yang disampaikan.

Terima kasih.

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani