PERTANDINGAN

CREATIONS de UITM: INTERNATIONAL MEGA INNOVATION CARNIVAL 2024. 

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada dua team JTMK PSIS atas kejayaan yang diperolehi di pertandingan inovasi CREATIONS de UITM:INTERNATIONAL MEGA INNOVATION CARNIVAL 2024 pada 27/4/2024 (Sabtu). Keputusan penuh yang diperolehi adalah seperti berikut:


🥇SMART HOME ENERGY MONITORING SYSTEM - GOLD 🥇

SYAIFUL IDZWAN BIN MAHMUD (SUPERVISOR)

MUHAMMAD ADIB NAQIUDDIN BIN MOHD FAIZAL (17DDT21F2004)

NUR ISHA HUSNA BINTI ROSLAN (17DDT21F2006)

NUR ELIYA NATASA BINTI MOHAMAD ZAKARIA (17DDT21F2008)

🥇 HOUSEGODA APPLICATION - GOLD🥇 (Virtual Booth)

SITI DIANAH BINTI ABDUL BUJANG (SUPERVISOR)

DANIEL HAIKAL BIN MUSTAFFA SHUKRI (17DDT21F2998)

ARIF HAIQAL BIN MOHD ROHIME (17DDT21F2047)

Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) diumum sebagai Juara Keseluruhan Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 apabila berjaya meraih sebanyak 15 pingat iaitu 6 pingat emas, 6 perak dan 3 gangsa menerusi pelbagai kategori yang dipertandingkan untuk mempertahankan gelaran juara sekaligus mengenepikan 27 pencabar yang lain. 

Keputusan tersebut diumumkan pada Majlis Perasmian Penutup Kejohanan 17th FIRA Malaysia Cup 2024 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan Muallim, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Perak yang juga merupakan tuan rumah bagi anjuran edisi kali ini. 

Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Zainuddin bin Kasmuri berkata hasil berlatih pada bulan Ramadan sehinggalah hari pertandingan ,PSIS telah berjaya mengumpul 6 Emas 6 Perak dan 3 Gangsa sekaligus dinobatkan sebagai juara bertahan buat kali ke-5 berturut-turut.

“PSIS hantar seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada 27 pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 17 pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), 4 pelajar sekolah Menengah iaitu 2 daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan 2 daripada Sekolah Menengah Munshi Abdullah Sabak Bernam, katanya.

Pada kejohanan kali ini ia melibatkan seramai 978 peserta daripada 27 politeknik dan kolej komuniti (POLYCC) seluruh negara dengan sembilan (9) kategori dipertandingkan iaitu Simurosot, AiBot, HuroCup, Robosot, Androsot, Air Drone, Business & Innovation dan Autonomous Car Challenge.

Dalam usaha Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk menarik minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), satu kategori MyBot juga diberikan penjenamaan semula yang dikenali sebagai MyBot Youth yang melibatkan pelajar sekolah menengah yang dibimbing oleh mentor yang terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengasah kemahiran psikomotor dan penyelesaian masalah secara lebih berfokus seiring dengan keperluan semasa industri.

Pengarah dan seluruh warga PSIS mengucapkan ucapan tahniah kepada  PSIS Roboteam diatas kejayaan ini.

HOME OF FIRA CHAMPIONS!!