PERHUBUNGAN LUAR

PROGRAM CSR IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHWAH ANAK YATIM, SABAK BERNAM

Satu Program CSR Iftar Bersama Anak-anak Yatim hasil kolaborasi Kelab Rakan Teknologi Digital JTMK PSIS dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Sabak Bernam telah berlangsung dengan jayanya pada ketetapan berikut.

Tarikh: 2/4/2024 (Selasa)

Waktu: 12.30 tgh hri hingga 10.00 mlm

Tempat: PERTUBUHAN KEBAJIKAN UKHUWAH ANAK YATIM/MISKIN DAERAH SABAK BERNAM

Pelajar-pelajar JTMK melalui Kelab Rakan Teknologi Digital telah menyantuni anak-anak yatim ini dengan memberikan bantuan dan menyediakan juadah berbuka kepada mereka.

YBrs. Ts. Zurita binti Abdul Kadir (Ketua Jabatan), Puan Noorashikin binti Nazir (Penolong Ketua Jabatan), Puan Nurul Ain binti Amir Adli dan Ybrs. Ts. Norqursiah binti Saad (Ketua Program DDT/DIT) juga turut hadir memeriahkan program pada kali ini.

Terima kasih dan sayabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Terima kasih juga kepada Puan Siti Nur Edayu binti Hashim dan Encik Ahmad Zulfaqar Aqwa bin Abu Bakar selaku penasihat KRTD yang membantu pelajar-pelajar JTMK PSIS untuk program ini.

Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk merapatkan lagi hubungan pelajar-pelajar JTMK PSIS bersama komuniti setempat.