KEUSAHAWANAN

PERTANDINGAN " BUSINESS IDEA PITCHING " DALAM TALIAN SESI 2 2021/2022

TARIKH :18 JUN 2022

PLATFORM : MS TEAM

PERTANDINGAN "BUSINESS IDEA PITCHING" DALAM TALIAN SESI 2 2021/2022

Tarikh: 18 Jun 2022 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Medium : MS Teams

Program in diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar JTMK PSIS khususnya kepada pelajar yang mengambil kurus DFT30103 Cyberpreneurship bagi menghasilkan Business Idea Pitching dengan lebih berkesan. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada pelajar dengan meningkatkan kemahiran keusahawanan yang berkebolehan disamping pembelajaran yang diperolehi di dalam kelas sesuai dengan kehendak dunia keusahawan sebenar. Kemahiran melaksanakan Business Idea Pitching yang berkesan adalah sangat penting kerana ianya merupakan sebuah pelan yang menterjemahkan halatuju operasi perniagaan, mengenalpasti sumber pendapatan, sasaran pelanggan, produk dan kos perniagaan,

Selain daripada itu, pelaksanaan pertandingan in adalah selari dengan hasrat Centre of Entrepreneurship Development for Polytechnic an Community College (CEDev) dalam menegalakkan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti menceburi bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.

#MYPremierDigitalTech #jtmkpsis


PERTANDINGAN AKHIR FROM IDEA TO COMMERCIALIZATION (FITC) 

PERINGKAT NEGERI SELANGOR 

TARIKH :13 APRIL 2022

TEMPAT : Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) 

Pertandingan akhir program FITC Selangor telah berlangsung di Dewan Al-Jazari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dengan jayanya. Program yang bertujuan mengangkat idea-idea keusahawanan dalam kalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Negeri selangor untuk dikembangkan, sekaligus membuka jalan dan peluang untuk dikomersialkan. 

PSIS di wakili oleh Nur Akmal Bin Amil, pelajar daripada Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi semester 3 telah berjaya meraih Pingat Perak dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM700.00. Pelajar telah di bimbing oleh Mentor Usahawan PSIS iaitu Puan Noorashikin Nazir juga merupakan Ketua Unit Pembangunan Usahawan PSIS. 

BENGKEL TIKTOK FOR MARKETING SEMPENA PROGRAM TIKTOK PRENEUR : "INTEGRATING TIKTOK INTO YOUR DIGITAL MARKKETING STRATEGY 

TARIKH :15 APRIL 2022

TEMPAT : PLATFORM DALAM TALIAN

Bengkel TikTok for Business Marketing telah berlangsung secara atas talian dan telah disampaikan oleh Encik Wan Luqman Hakim bin Wan Khairuddin, Digital Marketing Profesional daripada Youmeden. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar JTMK PSIS khususnya kepada para pelajar semester 1 dan pelajar semester 2 yang mengambil kursus DFT30103 Cyberpreneurship mengenai kandungan, teknik mengedit video , kaedah penjenamaan dan teknik rahsia aplikasi TikTok.