KERJAYA

Bengkel "Pre Employment Workshop For Graduates" 

TARIKH : 28 SEPTEMBER 2022

TEMPAT : MAKMAL HYPERMEDIA 2

Bengkel "Pre Employment Workshop For Graduates" anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 28 September 2022 (Rabu)

Masa: 8:00 pagi - 4:30 petang

Tempat: Makmal Am 3, JTMK PSIS

Penceramah: En. Ong Chye Sun (Pengarah, MMS Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.)

Bengkel ini disasarkan kepada pelajar-pelajar semester akhir JTMK yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sebelum menempuhi latihan industri mahupun alam pekerjaan. Bengkel ini terbahagi kepada tiga modul iaitu "Impressing Your Future Employer", "Choosing Your Dream Job" dan "Basic Workplace Survival Skills".

Pelajar diberikan pendedahan dan nilai tambah kepada kemahiran pelajar untuk menarik perhatian majikan dan unsur-unsur positif semasa bekerja. Selain itu pelajar juga dapat bimbingan dalam membuat perancangan dan persediaan untuk memilih bidang pekerjaan yang diidamkan dan bersesuaian serta nilai tambah dalam kemahiran pelajar menyesuaikan diri di tempat kerja.

Terima kasih.

#MyPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#TVETPilihanKeluargaMalaysia


WEBINAR KERJAYA MENGADAPTASI PENDIGITALAN DI ALAM KERJAYA

TARIKH : 21 APRIL 2022

PLATFORM : WEBEX

Unit Kerjaya dan Corporate, Industrial Service & Emplyability Center (CISEC) PSIS dengan kerjasama MyfutureJobs telah mengadakan webinar kerjaya " Mengadaptasi Pendigitalan di Alam Kerjaya"