PROGRAM JABATAN

PERTANDINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS


Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.

Satu pertandingan E-sport Mobile Legends anjuran Kelab Rakan Teknologi Digital (KRTD), JTMK telah berlangsung pada  15 April 2023 (Sabtu) di Cafe Kamsis. Pertandingan berlangsung pada 09.30 pagi sehingga  2.30 petang. Pertandingan disertai oleh 16 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang peserta bagi satu kumpulan. Para peserta yang terlibat adalah pelajar-pelajar dari JTMK, JKE, JKA, JPH dan JP.

Keputusan akhir:

Johan: Team Encik Mimpi (RM 200)

Naib Johan: Team Red7 (RM 150)

Tempat Ketiga: Team Balik Awal (RM 100)

Manakala majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi pada 3 Mei 2023 bertempat di Ruang Aktiviti Pelajar, Makmal Hyper 1. ahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan bagi yang tidak berjaya, jadikannya sebagai anak tangga kepada kejayaan seterusnya.

Semoga pertandingan ini dapat memupuk dan mengasah bakat pelajar dalam e-sukan serta menjadi pemangkin semangat kompetitif dan kerjasama dalam kalangan pelajar.


#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani



 "ZIARAH TAZKIRAH RAMADHAN"


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.

Sempena bulan Ramadhan ini, PENGURUSAN J/K IHYA RAMADHAN telah membuat ziarah dan tazkirah Ramadhan ke JTMK PSIS mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 April 2023 (Rabu)

Masa   : 3.00 Petang

Lokasi : Bilik Mesyuarat JTMK

Tajuk  : Fadhilat Ramadhan

Penceramah :

1. US MOHD RUSDAN BIN HASAN

2. UST TENGKU RADZIATAN MARDZIIAH BINTI TG. A. RAZAK

Semoga sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan dapat membantu kita semua untuk menghayati bulan Ramadhan dengan amal ibadah yang diterima Allah S.W.T.


#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Ts. Zurita Bint Abdul Kadir telah berbesar hati mengunjungi dan menyantuni pelajar-pelajar DDT JTMK yang berada di luar kampus serta menyampaikan sumbangan ikhlas dari pensyarah-pensyarah JTMK.

Program Anjangsana Hasrat Ramadan 1444H ini telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5 April 2023 (Rabu)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Rumah sewa pelajar

Program kendalian JK SPAk & JHEP (Kebajikan Pelajar) ini bertujuan untuk menyampaikan hasrat Ketua Jabatan dan para pensyarah serta kenalan di JTMK, PSIS bagi menyampaikan sumbangan berbentuk bakul makanan kering dan juadah berbuka puasa dengan menu nasi arab dan kuih muih.

"Anjangsana" yang bermaksud kunjungan silaturrahmi diinspirasikan dari slogan Malaysia Madani memberikan peluang kepada Ketua Jabatan dan barisan para pensyarah mengunjungi dan menyantuni para pelajar DDT yang menginap di luar kampus.

Terima kasih kepada Penyelaras Kebajikan Pelajar, Puan Nurul Su'aidah dan jawatankuasa di bawah kendalian beliau yang bertungkus lumus menyiapkan sumbangan Ramadan ini kepada pelajar-pelajar yang berada diluar.

Terima kasih juga diucapkan kepada Ketua Jabatan, Penolong Ketua Jabatan, Ketua-ketua Program, JK SPAk, PHEP, Penasihat-penasihat Akademik, Para Pensyarah dan semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, dapat menggembirakan hati para pelajar serta menjadi ladang pahala buat semua yang terlibat.

Terima kasih.

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani

"Program Inspire With Alumni JTMK" 

Tarikh : 22 Mac 2023 (Rabu)

Masa   : 8:30pagi - 12:00 tengahari

Tempat : Panggung Syarahan 2, PSIS

JTMK PSIS telah mengadakan Program Inspire With Alumni JTMK yang telah disertai leh para pelajar semester 1 (DDT1A, DDT1B).Penceramah bagi program ini adalah En.Syaqir Al-Ezree Bin Misni (TVET Internal Verification Officer) dari Allied Aeronautics Training Sdn. Bhd.

Program bertujuan untuk membina hubungan antara alumni JTMK dan jabatan selain dapat memupuk semangat dan membina keyakinan diri para pelajar. Para pelajar memperolehi kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan hala tuju kerjaya setelah tamat pengajian di politeknik.

Terima kasih kepada Ketua Jabatan, Penolong Ketua Jabatan, , Ketua-ketua Program, Jawatan Kuasa Program, Penasihat-penasihat Akademik DDT1A, DDT1B dan semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, pelajar dapat mengambil manfaat dengan ilmu-ilmu yang disampaikan.

Terima kasih.

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani

"KNOWLEDGE GROOMING TOWARDS DIGITAL EVOLUTION EMPOWERMENT" 

Tarikh : 21 Mac 2023 (Selasa)

Masa : 10.00pagi - 1.00 petang

Tempat : Dewan Seri Sabak, PSIS

JTMK PSIS telah mengadakan Program Knowledge Grooming Towards Digital Evolution Empowerment yang disampaikan oleh Ir. Dr. Norizam Bin Ayob dari Puncak Niaga Holdings. Sasaran  program ini adalah kepada pelajar semester 1, 3, dan 4.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam membantu memperkasa dan meningkatkan pengetahuan dalam evolusi digital di Malaysia. Program ini juga memberi nilai tambah yang dapat membantu pelajar mencari idea dalam pendigitalan data sebagai kunci untuk meningkatkan kemahiran dari segi kreativiti, pembangunan dalam reka bentuk sistem, aplikasi, dan perisian komputer.

Diharapkan dengan berlangsungnya program ini, pelajar dapat mengambil manfaat dengan ilmu-ilmu yang disampaikan.

Terima kasih.

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani


"LAWATAN AKADEMIK KE SG ACADEMY"

Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani

Lawatan Akademik yang disertai oleh pelajar DDT3A, DDT4B dan DDT4C telah dijalankan di SG Academy, Jln Ipoh, Kuala Lumpur. Lawatan ini merupakan satu jemputan khas dari Malaysia IOT Association (MyIoTA) bagi menyantuni lawatan ke EKSPO Hypernet2023 yang ditangguhkan oleh pihak MyIoTA sebelum ini. Melalui lawatan ini, pelajar telah didedahkan berkenaan konsep Machine Learning, Industrial Revolution 5.0 dan Teknologi drone. Disamping itu, pelajar juga berpeluang untuk menerbang dan mengawal drone di lapangan.

#MYPremierDigitalTech

#jtmkpsis

#MalaysiaMadani

PERJUMPAAN BERSAMA KJTMK SESI II 2022/2023

TARIKH : 7 FEBRUARI 2023

TEMPAT : PANGGUNG SYARAHAN 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sekitar majlis perjumpaan dan taklimat bersama Ketua Jabatan JTMK, Ts. Zurita Binti Abd Kadir, Ketua Program Trek Sistem Rangkaian, Puan Nurul Ain Binti Amir Adli dan Penolong Ketua Program Trek Pembangunan Perisian dan Aplikasi, Puan Susilawaty Binti Ahmad Osman pada Minggu Transformasi Siswa PSIS Sesi II 2022/2023 dari 30 Januari hingga 03 Februari 2023.

#MYPremierDigitalTechigitalTech

#jtmkpsis

#TVETPilihanUtamaKerjaya