PENGISIAN RAMADHAN 1441H

PROGRAM IHYA RAMADHAN JTMK

TARIKH : SEPANJANG BULAN RAMADHAN

TEMPAT : SEKITAR KAWASAN PSIS, SABAK BERNAM DAN SECARA DALAM TALIAN

Sepanjang bulan Ramadhan ini jawatankuasa Seksyen Kompetensi dan Pembangunan Kerjaya telah melaksanakan beberapa program bagi mengimarahkan lagi pembangunan insaniah dikalangan staf, JTMK secara keseluruhannya.

Antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti bacaan Al-Qur’an mengikut juzuk, pengisian rohani tazkirah harian, kuliah agama pendek berbentuk video, tadabbur Al-Qur’an setiap hari mengikut juzuk, sumbangan dan sedekah kepada 9 keluarga miskin komuniti sekitar Parit Baharu dan Majlis khatam al-Qur’an secara dalam talian melalui platform Microsoft Teams.