Penilaian dan Testimonial PdPc

Penilaian dan testimonial PdPc

Terdapat beberapa sumber berkenaan dengan penilaian dan testimonial PdPc saya seperti berikut:

  1. Maklum balas pelajar melalui borang rasmi UiTM
  2. Maklum balas pelajar melalui borang maya yang diedarkan
  3. Maklum balas peserta program

1) Maklum balas pelajar melalui borang rasmi UiTM

Bermula tahun 2007 sehingga 2009, borang maklum balas diedarkan secara manual kepada pelajar. Dan laporan akhir berkenaan dengan maklum balas pelajar berkenaan dengan kualiti PdPc disahkan oleh Dekan. Bermula tahun 2010, maklum balas para pelajar adalah melalui platform rasmi i-Learn iaitu Student Feedback Online (SuFO).

Berdasarkan analisa maklum balas pelajar, purata minimum markah kualiti pengajaran saya yang diterima bermula tahun 2008 adalah 90% iaitu CEMERLANG.

Rumusan Kualiti PdPc melalui Borang Maklum Balas UiTM (SuFO)

[Analisa lengkap kualiti PdPc di SINI]

Ringkasan Laporan Maklum Balas Pelajar.pdf

2. Maklum balas pelajar melalui borang maya yang diedarkan

Bermula tahun 2018, satu set soalan berstruktur diedarkan kepada para pelajar yang telah mengikuti kursus mahupun penyeliaan projek tahun akhir serta penyeliaan master berkenaan dengan kualiti PdPc saya.

Soalan-soalan berstruktur ini diedarkan secara maya melalui borang maklum balas maya. Penambahbaikan serta pengekalan kaedah PdPc dibuat berdasarkan maklum balas para pelajar. Borang maklum balas maya ini juga diedarkan kepada bekas-bekas pelajar untuk mendapat maklum balas daripada mereka.

Secara keseluruhannya, para pelajar berpuas hati dengan kaedah PdPc yang telah dilaksanakan sepanjang mereka di bawah seliaan saya.

Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan juga diutarakan dalam memantapkan PdPc saya masa akan datang.

Maklum Balas Pelajar Melalui Borang Maklum Balas Maya: Penyeliaan

PdPc Dr Roslinda Alias - online form - penyeliaan.pdf

Maklum Balas Pelajar Melalui Borang Maklum Balas Maya: Kelas Bersemuka

PdPc Dr Roslinda Alias - online form - kursus uitm.pdf

Penggunaan BOT internet melalui aplikasi Telegram.

Selain itu, maklum balas secara online berkaitan keberkesanan topik melalui aplikasi BOT Telegram turut diperkenalkan bermula tahun 2019. Ianya ibarat sambil menyelam minum air, selain daripada penilaian PdPc, para pelajar juga didedahkan teknologi terkini yang semakin meluas digunakan di dalam semua aspek kehidupan.

3) Maklum balas peserta kursus

Selain daripada PdPc di dalam kelas formal di UiTM, saya juga terlibat dalam penyampaian ceramah di dalam dan luar UiTM. Maklum balas PdPc saya adalah amat baik serta memberi impak kepada peserta seperti yang dilaporkan oleh pihak penganjur dan juga melalui media sosial dan Padlet.

Tajuk kursus: Pre-PhD Preparation (28-30 Jan 2019)

Untuk Pensyarah UiTM

Ceramah PhD ILD.pdf

Tajuk kursus: Introduction and Basic Learning Design. 5 – 6 April 2018

Untuk Pensyarah UiTM