Pengenalan

i-CHO KIT or Islamik Cakna Hal OKU Kit adalah untuk memberi kesedaran terhadap isu berkaitan OKU dari perspektif Islam buat kanak-kanak pra-sekolah di Malaysia. Kit ini merupakan kit pengajaran untuk membantu guru-guru pra-sekolah memupuk sikap positif terhadap isu-isu berkaitan OKU yang merangkumi halangan dan cabaran yang dihadapi oleh OKU dari perspektif Islam.

i-CHO Kit merupakan inovasi pengajaran dalam memupuk kesedaran terhadap OKU di kalangan kanak-kanak pra-sekolah yang bukan OKU. Dengan menekankan perspektif Islam, i-CHO Kit adalah selaras dengan Akta OKU 2008 (Akta 685) yang menekankan penyertaan yang OKU ke dalam masyarakat, ke arah masyarakat inklusif di Malaysia.

i-CHO Kit: Bagaimana ianya bermula

Salah satu daripada masalah utama yang dihadapi oleh OKU di universiti adalah mereka terpaksa berhadapan dengan sikap negatif orang sekeliling (Roslinda Alias, Nor Aziah Alias, & Abu Bakar Ibrahim, 2016; Roslinda Alias, Nor Aziah Alias, Abu Bakar Ibrahim, Halimaton Attan & Azman L Kadir, 2013; Roslinda Alias & Nor Aziah Alias, 2012; Hasnah Toran, Tajul Arifin, Mohd Hanafi, Mohd Mokhtar, & Nur Hazwani, 2010; Norshidah Mohammed Salleh & DK Hijrah Mahani, 2012).

Sikap negatif ini terdiri dalam pelbagai bentuk termasuklah diskriminasi sosial, kurang kesedaran dan juga prejudis (UNESCO, 1994).

Roslinda Alias and Nor Aziah Alias (2012) mendapati, OKU di universiti berhadapan dengan cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran termasuklah kurangnya kesedaran terhadap isu OKU di kalangan staf akademik dan pentadbiran. Justeru itu, ilmu dan kesedaran terhadap isu OKU adalah satu cara yang dapat membentuk sikap positif terhadap OKU (Roslinda Alias, Nor Aziah Alias & Abu Bakar Ibrahim, 2016; Hafiz Halim, komunikasi personal, Mei 20, 2011; Hasnah Toran et al., 2010; Fernie & Henning, 2006; Pliner & Johnson, 2004).

Sikap dan kesedaran positif terhadap OKU perlu dipupuk semenjak kecil iaitu ketika dari usia pra-sekolah lagi. Ini kerana usia antara 4 ke 5 tahun adalah masa yang kritikal di mana ketika inilah pembentukan karakter dan sikap bermula (Gerber, 1977 seperti yang dinyatakan oleh Favazza & Odom, 1997).

Favazza and Odom (1997) juga memberi penekanan bahawa pembentukan sikap kanak-kanak adalah melalui pengalaman mereka sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan 'manusia, objek ataupun peristiwa'.

Atas dasar inilah tercetusnya idea penghasilan i-CHO Kit.

i-CHO kit merupakan penzahiran daripada ‘Model of Technology Supported Learning for Special Educational Needs (SEN) Learners’ - MoTSEL , yang boleh dikatakan antara model sokongan berbantukan teknologi untuk OKU di universiti.

i-CHO Kit bukan hanya berpotensi sebagai alat bantu mengajar dalam memupuk kesedaran kanak-kanak pra-sekolah (yang bukan OKU) terhadap isu-isu berkaitan OKU, bahkan ianya juga merupakan satu alat bantu mengajar dalam mendidik kanak-kanak pra-sekolah (bukan OKU) cara menyantuni OKU.

Proof of Concept i-CHO Kit

Proof of concept pertama i-CHO Kit telah dilaksanakan pada 27 Februari 2015 untuk sesi pagi dan petang di salah sebuah tadika Islam terkenal di Sungai Buloh. Setiap sesi mengambil masa selama 40 minit.

Berdasarkan maklum balas daripada guru-guru dan kanak-kanak yang terlibat, i-CHO kit berpotensi besar sebagai platform memupuk kesedaran dan membentuk sikap positif terhadap OKU

Kandungan i-CHO Kit

i-CHO Kit mempunyai dua modul PdPc untuk pemupukan kesedaran OKU dan menyantuni OKU yang menumpukan kepada ketidakupayaan fizikal dan penglihatan. Kedua-dua modul ini juga membantu untuk merangsang perkembangan awal kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam cara pergaulan yang sihat, hormat-menghormati dan menyeronokkan.

Projek Rintis i-CHO Kit

Untuk melihat keberkesanan penggunaan i-CHO Kit di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, projek rintis telah dilaksanakan di Tadika Kautsar, Desa Coalfields Sungai Buloh.

Dengan sokongan pengetua tadika dan kebenaran bertulis ibu bapa kanak-kanak pra-sekolah, projek rintis i-CHO Kit dilaksanakan pada 29 Ogos 2016 dengan jayanya.

Hasil daripada maklum balas daripada pengetua dan reaksi daripada kanak-kanak pra-sekolah yang terlibat, beberapa penambah baikan telah dilaksanakan untuk memantapkan lagi i-CHO Kit sebagai alat bantu mengajar untuk pemupukan sikap positif dan cara menyantuni OKU dari perspektif Islam.

Maklum balas positif terhadap i-CHO Kit sebagai alat bantu mengajar dalam memupuk kesedaran positif kanak-kanak terhadap OKU.

Puan Zaleha, Pengetua Tadika Kautsar, Desa Coalfields Sungai Buloh

Maklum balas positif terhadap i-CHO Kit sebagai alat bantu mengajar dalam memupuk kesedaran positif kanak-kanak terhadap OKU.

Cikgu Hisham Udin merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan - pelawat di booth I-CHO Kit (booth 136, IIDEL 2016).

Pencapaian dalam pertandingan inovasi peringkat UiTM dan Kebangsaan

Usaha berterusan dalam memupuk kesedaran dan menyantuni OKU melalui i-CHO Kit telah mendapat pengiktirafan peringkat UiTM dan Kebangsaan seperti berikut:

  1. Pingat Perak, Invention, Innovation & Design Exposition 2015 (IIDEX 2015), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 27-30 April 2015. “i-CHO: Islamic Cakna Hal OKU”.
  2. Pingat Perak, Educational, Innovation, Creativity & Design Competition 2015 (EiCD 2015). Faculty of Educaiton, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 28-30 April 2014. “i-CHO: Islamic Cakna Hal OKU”.
  3. Pingat Emas, Invention, Innovation & Design on E-Learning (IIDEL 2016), UTM, Ministry of Higher Education, 19-21 September 2016. “i-CHO: Islamic Cakna Hal OKU”.
  4. Pingat Emas, Invention, International Exposition on Shariah Compliant Idea, Invention, Innovation and Design (i-SCIIID) 2016, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Education, 20-21 November 2016. “i-CHO: Islamic Cakna Hal OKU”. (Head of Project)

Hak Cipta i-CHO Kit

i-cho Kit.pdf

Penerbitan berkaitan

  1. Roslinda Alias, Nor Aziah Alias, Azwadi Mokhtar, Raiha Shahanaz, Saipol Barin Ramli & Nuzha Mohd Taha (2015). The Inculcation of Awarenes and Positive Attitudes towards Persons with Disabilities (PWDs) among Pre-School Children via Islamic Cakna Hal OKU Kit (I-CHO Kit). In Zuraimi Zakaria, Badrul Isa & Sumardianshah Silah (Eds.). 21st Century Skills: Language and Arts Education through the Lens of Culture and Heritage (pp. 343-350). Malaysia: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
  2. Roslinda Alias (2016).“Development and Validation a Model of Technology Supported Learning for the Special Educational Needs Learners in Malaysian Higher Education”. PhD Thesis. Universiti Teknologi MARA

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat