Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBP)

Pembelajaran Berasaskan Pengalaman - PBP (experiential learning) merupakan salah satu kaedah yang dapat memberikan pembelajaran bermakna kepada pelajara selain daripada pengukuhan skil abad ke-21 mereka (4Cs - communication, collaboration, creativity, critical thinking).

PBP selaras dengan falsafah ‘Existentialist’ di mana pembelajaran adalah melalui pengalaman, iaitu seseorang perlu melalui dan merasai sesuatu pengalaman atau perjalanan kehidupan. Ini termasuklah bagaimana seseorang membina perspektif dan pandangan dalam kehidupan. Pembelajaran berasaskan pengalaman juga membolehkan pelajar menghargai dan membina aspek-aspek kemanusian dalam jati diri mereka seterusnya dapat memacu kearah pembelajaran kendiri (self-determined learning).

Terdapat 3 kategori utama PBP (https://carleton.ca/experientialeducation/what-is-experiential-education) iaitu:

  1. Berfokuskan kursus (course focused)
  2. Berfokuskan masyarakat (community focused) dan
  3. Berfokuskan kerja (work focused)

Bagi PdPc saya, dua kaedah PBP diadaptasi - iaitu berfokuskan kursus (melalui kerja khusus - Film Viewing, dan role-play) dan berfokuskan masyarakat (menemuramah dan membuat laporan, dan pembelajaran berasaskan servis kepada komuniti - service learning).

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat