Penilaian berterusan PdPc
Untuk memastikan keberkesanan PdPc, refleksi kendiri dilaksanakan di penghujung semester untuk meneliti kekuatan dan kelemahan. Ini bertujuan untuk tujuan penambahbaikan di masa akan datang.
Sebelum tahun 2017, refleksi kendiri dilaksanakan tanpa berstruktur dan bertulis. Namun begitu, menyedari kepentingan fungsi refleksi kendiri dalam penambahbaikan PdPc, saya telah mulakan langkah menulis secara formal reflektif kendiri agar langkah-langkah penambahbaikan dapat dilaksanakan untuk semester akan datang.
Selain itu, bermula tahun 2018, satu set soalan berstruktur diedarkan kepada para pelajar yang telah mengikuti kursus mahupun penyeliaan projek tahun akhir serta penyeliaan master berkenaan dengan kualiti PdPc saya.
Soalan-soalan berstruktur ini diedarkan secara maya melalui borang maklum balas maya. Penambahbaikan serta pengekalan kaedah PdPc dibuat berdasarkan maklum balas para pelajar. Borang maklum balas maya ini juga diedarkan kepada bekas-bekas pelajar untuk mendapat maklum balas daripada mereka.
Di samping itu, penilaian pelajar melalui platform rasmi i-Learn iaitu Student Feedback Online (SuFO) juga diambil kira untuk menambah baik PdPc saya.
Selain daripada pembacaan, saya juga menghadirkan diri ke kursus-kursus berkaitan dengan PdPc untuk menambah baik kualiti mutu PdPc.
Refleksi Kendiri Semester Mac-June 2017
Refleksi Kendiri September - Disember 2017
Refleksi Kendiri Mac-Julai 2018
Senarai Kursus berkaitan PdPc yang dihadiri secara bersemuka (3 tahun terkini)
Senarai Kursus berkaitan PdPc yang dihadiri secara maya (3 tahun terkini) - Microsoft
Maklumat kursus maya DISINI