Service Learning

Video Pengenalan Service Learning

Service Learning

Service Learning (SL) ataupun pembelajaran berasaskan servis (PBS)merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman (PBP) ataupun experiential learning yang berfokuskan masyarakat (community focused). Pendekatan ini diadaptasikan ke dalam kursus Profesional Development (EDU630). Antara faktor pemilihan kaedah ini adalah kerana SL merupakan salah satu daripada Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi (High Impact Educational Practices – HIEPs) di dunia.

Keunikan aplikasi SL ke dalam kursus Professional Development (EDU630) berbanding dengan amalan SL yang lain adalah, SL di dalam PdPc saya dijadikan pemangkin dalam memastikan Fakulti Pendidikan UiTM bukan hanya melahirkan bakal guru yang cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah, malahan memiliki sifat peduli ataupun cakna terhadap komuniti terpinggir termasuklah orang kurang upaya, kanak-kanak terlindung di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta kanak-kanak daripada keluarga B40.

Selain itu, SL yang diadaptasikan ke dalam Professional Development (EDU630) adalah mendokong konsep Quadruple Helix (QH) yang menjadi penghubung universiti - komuniti- industri dan kerajaan.


Justeru itu, pendedahan terhadap isu-isu keprofesionalisme dan isu-isu semasa pendidikan (termasuklah isu komuniti terpinggir) ditekankan secara bersemuka melalui syarahan, perbincangan, pembentangan, laporan, serta ‘article review’.

Seperti yang dibuktikan oleh Morgan dan Streb (2001) serta Buch dan Harden (2011), PBS dapat menghapuskan persepsi dan streotaip yang negatif terhadap komuniti yang dihadapi oleh para pelajar. Dan dengan ini masyarakat yang inklusif di Malaysia dapat dizahirkan di masa akan datang.

Para pelajar dikehendaki merancang serta melaksanakan projek khas yang menumpukan kepada servis komuniti. Selain itu, satu seminar juga perlu diadakan sebagai platform perkongsian bersama kelas lain.

Kaedah Pelaksanaan

Para pelajar didedahkan secara langsung dengan isu-isu komuniti terpinggir dengan melaksanakan program-program servis ke atas kumpulan ini, sebagai projek utama. Seperti kaedah PBP yang lain, di akhir semester, para pelajar dikehendaki menghantar refleksi berdasarkan pengalaman pengendalian program berkenaan. Ini adalah untuk melahirkan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna buat para pelajar.

Inisiatif ini menggunapakai pendekatan yang asli daripada service learning (SL). Berbanding dengan pendekatan-pendekatan PBP yang lain, SL menekankan pendekatan seimbang dimana pelajar dan komuniti mendapat manfaat bersama. SL juga memberi peluang pelajar memberi servis kepada komuniti dan dalam masa yang sama menuntut ilmu. Ianya berkonsepkan servis komuniti dengan objektif pembelajaran yang formal (Bringle & Hatcher,1996).

Para pelajar dikehendaki membuat refleksi (di dalam jurnal reflektif) berkenaan dengan proses pembelajaran dan pengalaman yang mereka alami. Bukan hanya untuk program servis komuniti serta seminar yang mereka adakan, tetapi juga seminar-seminar yang dilaksanakan oleh kelas-kelas lain. Refleksi merupakan komponen penting dalam PBS kerana ianya menghubungkan nilai servis komuniti dan isi kandungan subjek, agar pembelajaran yang bermakna dapat diterapkan (Bringle & Hatcher, 1996).

Maklum balas dan Impak ke atas pelajar berkenaan dengan kaedah PdPc Service Learning

  1. "Your exposure and guidance about service learning make me think again about the real purpose of an educator. Thank you madam!" (Pelajar I, Professional Development"
  2. "komunikasi dua hala, menekankan penglibatan pelajar dalam pdpc, menekankan penglibatan pelajar terhadap society" (Pelajar J, Professional Development)

Pencapaian

Pelaksanaan service learning (SL) di dalam kursus Professional Development (EDU630) telah mendapat pengiktirafan peringkat universiti dan kebangsaan. Kaedah ini telah terpilih menjadi lima kaedah terbaik di dalam Anugerah Pemikiran dan Reka bentuk Semula Pengajian Tinggi (APRS 2017) bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka daripada 30 penyertaan bagi kategori yang sama dari universiti-universiti di Malaysia. Tidak ketinggalan UiTM juga turut merakamkan penghargaan di atas pencapaian saya dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah PdPc ini.

Anugerah Pemikiran dan Reka bentuk Semula Pengajian Tinggi (APRS 2017) bagi kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Bersemuka.

Bersama DS Idris Jusoh, Menteri KPT

Penerbitan

  1. Roslinda Alias, Nor Aziah Alias, Johan Eddy Luaran, Harrinni Md. Noor & Nurin Fatihah Rahenan (2017). Service Learning for Inclusive Society in Malaysia: Driving Learning through Meaningful Experience. In Nor Aziah Alias & Johan Eddy Luaran (Eds.). Student-Driven Learning Strategies for the 21st Century Classroom (pp. 169-178). IGI Global. Indexed in Scopus. DOI: 10.4018/978-1-5225-1689-7.ch012. ISBN: 978152251689.
  2. Roslinda Alias (2016).“Development and Validation a Model of Technology Supported Learning for the Special Educational Needs Learners in Malaysian Higher Education”. PhD Thesis. Universiti Teknologi MARA.

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat