Role-play
Role-play ataupun'main peranan' dilaksanakan untuk sebagai aktiviti di dalam kelas dalam sebagai pengukuhan dan memantapkan pemahaman dalam satu-satu topik. Ianya adalah daripada cabang pembelajaran berasaskan pengalaman (PBP) yang berfokuskan kursus (course focused).
Kaedah Pelaksanaan
Sebagai contoh, untuk Educational Psychology (EDU550), terdapat teori-teori berkaitan dengan perkembangan psiko-sosial seperti contoh Piaget: Cognitive Development. Selain daripada perbincangan dan penerangan di dalam kelas, untuk menggalakkan percambahan idea dan memantapkan pemahaman pelajar berkenaan dengan teori ini, mereka dikehendaki menterjemahkan teori berkenaan kepada aktiviti 'role-play'.
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan perlu melakonkan semula peringkat perkembangan kognitif daripada lahir sehingga dewasa seperti yang disarankan oleh Jean Piaget. Dengan cara ini, ianya dapat meningkatkan pemahaman selain memupuk skil abad ke-21 secara tidak langsung.
Selepas pelaksanaan aktiviti ini, majoriti pelajar dapat menjawab soalan-soalan yang diajukan di dalam kelas berkenaan topik yang telah mereka lakonkan. Ini menunjukkan konsep "learning by doing" sesungguhnya amat efektif dalam memantapkan pemahaman dalam sesuatu topik.