Film Viewing

Film Viewing

Film viewing ataupun menonton filem berkaitan dengan topik juga merupakan satu kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman (PBP). Ini adalah supaya para pelajar dapat merasai pengalaman dan mengaplikasikan teori-teori yang telah dibincangkan di dalam ke kelas ke konteks yang lebih bermakna. Film Viewing merupakan satu cabang PBP yang berfokuskan kursus (coursed focus).

Kaedah Pelaksanaan

Para pelajar diberikan beberapa judul filem yang berkaitan dengan topik. Mereka dikehendaki menonton filem-filem berkenaan dan kemudian membuat refleksi berstruktur yang disediakan melalui borang maya (e-form). Refleksi adalah satu kaedah di dalam PBP yang dapat menghubungkan teori yang dipelajari dengan aplikasi dalam keadaan sebenar.

Kaedah ini digunakan dalam kursus Educational Psychology (EDU550), di mana topik berkaitan dengan ketidakupayaan merupakan antara topik utama yang perlu difahami oleh para pelajar - Learners who are Exceptional (Chapter 6). Perbincangan teori dan maklumat berkaitan di dalam kelas tidak mencukupi dalam memastikan para pelajar benar-benar memahami dan merasai pengalaman sebenar. Tidak semua pelajar mempunyai peluang berkomunikasi secara terus dengan orang kurang upaya (OKU).

Melalui film viewing para pelajar dibawa menelusuri pengalaman dan isu-isu ketidakupayaan. Ini bukan sahaja memberi pemahaman berkenaan dengan isu-isu ketidakupayaan, malahan sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran terhadap OKU. Dengan ini masyarakat yang perihatin yang mendokong konsep inklusif dapat dilahirkan

E-form (borang maya) untuk memastikan refleksi berstruktur dapat dilaksanakan dengan berkesan

Impak ke atas pelajar

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelajar, kaedah PdPc ini membantu mereka memahami dengan lebih mendalam isu dan topik yang telah dibincangkan. Contoh petikan melalui maklum balas dalam aplikasi Telegram seperti berikut:

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat