E-ESSENCE

Pengenalan

Electronic Emotional and Social Supports for Special Educational Needs Learners’ Community in Higher Education – E-ESSENCE bermatlamatkan memberi sokongan dari segi emosi dan sosial kepada pelajar OKU di universiti khasnya UiTM.

Projek ini merupakan hasil penzahiran (instantiation) daripada kajian PhD yang bertajuk “Development and Validation a Model of Technology Supported Learning for the Special Educational Needs Learners in Malaysian Higher Education”“Pembinaan dan Validasi Model Teknologi Sokongan Pembelajaran untuk Para Pelajar Berkeperluan Khas di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia” (Roslinda Alias, 2016).

Sokongan, stabiliti dan perhubungan yang baik merupakan antara elemen utama dalam memastikan pelajar OKU berjaya dan unggul di dalam pendidikan dan kehidupan (National Association of School Psychologists, 2010).

Kepentingan E-ESSENCE juga telah disokong oleh Hiltz and Wellman (1997), Osher, Sprague, Weissberg, Keenan dan Zins (2005), Protheroe (2007), Jensen (2011) dan Roslinda Alias, Nor Aziah Alias dan Abu Bakar Ibrahim (2014) yang mendapati sokongan emosi dan sosial adalah antara elemen penting untuk pelajar OKU berdaya-saing di IPT di Malaysia. Dapatan dari kajian yang dilaksanakan oleh Roslinda Alias dan rakan-rakan (2014) mendapati selain berperanan sebagai sokongan emosi dan sosial, E-ESSENCE juga mempunyai potensi yang besar sebagai wadah menghubungkan pelajar OKU di IPT dengan masyarakat sekeliling.

Kaedah pelaksanaan

Tiga kumpulan digital (e-groups) telah diwujudkan (dikenali sebagai E-ESSENCE). Media sosial Facebook (FB) dan juga yang terkini platform Whatsapp digunakan sebagai penzahiran E-ESSENCE kerana terkenal dengan keberkesanan fungsi digitalnya dalam menghubungkan manusia.

Seperti yang ditekankan oleh Bugeja (2006) dan Selwyn (2009), media sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan peribadi dan sosial para pelajar di IPT.

Untuk platform Facebook, dua laman FB telah dibina bermula tahun 2013 iaitu UITM Support & Caring Group for the Disabled khusus untuk pelajar OKU UiTM dan UITM Support & Caring Group for the Disabled laman FB untuk semua.

Untuk platform Whatssap, satu kumpulan maya yang dinamakan Gabungan OKU UiTM telah ditubuhkan Mac 2017. Ini kerana platform FB semakin kurang mendapat sambutan generasi masa kini yang lebih mengutamakan konsep ringkas dan cepat. Sehingga ke hari ini, kumpulan ini telah mengumpulkan 89 orang pelajar OKU UiTM di serata kampus di Malaysia dan jumlah nya semakin meningkat dari hari ke sehari.

Impak kepada pelajar

E-ESSENCE memberi impak yang positif terutamanya sokongan dari aspek emosi dan psikologi para pelajar OKU UiTM di Malaysia. Platform ini walaupun nampak ringkas tetapi impaknya amat signifikan kerana ianya telah menyatukan para pelajar OKU UiTM dan memberi mereka peluang mengenali rakan-rakan OKU yang lain serta sebagai platform pemakluman dan perkongsian informasi berkaitan dengan isu-isu OKU di UiTM dan di Malaysia.

Pencapaian: Peringkat UiTM

Inisiatif dalam PdPc dari aspek sokongan emosi dan sosial untuk pelajar OKU UiTM melalui E-ESSENCE ini telah mendapat pengiktirafan peringkat UiTM dan kebangsaan.

Di peringkat UiTM, usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini telah mendapat pengiktirafan di dalam Anugerah Kecemerlangan Perhubungan Industri dan Alumni 2014 UiTM seperti berikut:

  1. Anugerah Emas Khas Juri, E-ESSENCE: Jambatan Penghubung Masyarakat Istimewa dan Masyarakat Malaysia”.
  2. Tempat Kedua. Kategori Masyarakat Istimewa, E-ESSENCE: Jambatan Penghubung Masyarakat Istimewa dan Masyarakat Malaysia”.
  3. Poster Terbaik. E-ESSENCE: Jambatan Penghubung Masyarakat Istimewa dan Masyarakat Malaysia”.

Pencapaian Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Sumbangan signifikan E-ESSENCE sebagai sokongan emosi dan sosial buat pelajar OKU UiTM telah menggondol dua pingat emas seperti berikut:

  1. Pingat Emas, International Exposition on Shariah Compliant Idea, Invention, Innovation and Design (i-SCIIID) 2014, Universiti Teknologi MARA (UiTM), 26-27 November 2014 2014. “E-ESSENCE: Electronic Emotional and Social Supports for Special Educational Needs Learners’ Community in Higher Education”.
  2. Pingat Emas. National University Carnival on E-Learning 2014 (NUCeL 2014), Universiti Teknologi MARA (UiTM), 14-15 November 2014. “E-ESSENCE: Electronic Emotional and Social Supports for Special Educational Needs Learners’ Community in Higher Education”.

Penerbitan berkaitan

  1. Roslinda Alias, Nor Aziah Alias, Johan Luaran & Nurul Fitriah Alias (2015). Electronic Emotional and Social Support for Special Educational Needs Learners’ Community in Higher Education (E-ESSENCE). Journal of Personalized Learning. Volume 1 (1), pp. 37-45. ISSN: 2289-9960. (http://spaj.ukm.my/jplearning/index.php/jplearning/issue/view/3)
  2. Roslinda Alias (2016).“Development and Validation a Model of Technology Supported Learning for the Special Educational Needs Learners in Malaysian Higher Education”. PhD Thesis. Universiti Teknologi MARA

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat