Inovasi PdPc

Inovasi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Inovasi PdPc bukan hanya terhad buat para pelajar yang berada di dalam kelas / kursus seliaan saya sahaja, malahan merangkumi para pelajar UiTM khususnya mahasiswa OKU dan juga masyarakat Malaysia.

Inovasi PdPc di dalam kelas/kursus

Untuk kelas/kursus seliaan saya,inovasi-inovasi PdPc saya berevolusi berdasarkan permasalahan yang timbul dari semasa ke semasa. Ianya sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut keperluan para pelajar dan persekitaran. Dalam usaha menzahirkan pembelajaran imersif yang bermakna, beberapa kaedah digunapakai seperti berikut:

  1. Penggunaan teknologi di dalam kelas/kursus
  2. Pembelajaran Berasaskan Pengalaman

3. Electronic Emotional and Social Supports for Special Educational Needs Learners’ Community in Higher Education (E-ESSENCE”)


Inovasi PdPc untuk Masyarakat

Antara cara kita berbakti semula kepada masyarakat adalah melalui PdPc. Justeru itu, sebagai aktivis kemasyarakatan saya mengambil langkah proaktif dalam mendidik masyarakat berkenaan dengan isu-isu komuniti terpinggir seperti OKU, B40, Orang Asli dan lain-lain. Ini adalah untuk memastikan konsep INKLUSIF dapat dizahirkan di Malaysia. Inovasi-inovasi PdPc saya untuk kategori ini adalah menumpukan kepada sokongan buat orang kurang upaya di Malaysia seperti berikut:

  1. Islamic Cakna Hal OKU Kit (i-CHO Kit)
  2. Malaysia Cakna Hal OKU Kit (My-CHO Kit)
  3. Model of Technology Supported Learning for Special Educational Needs Learners in Higher Education (MoTSEL)

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat