Pengenalan

Malaysia Cakna Hal OKU Kit (My-CHO Kit) merupakan alat bantu mengajar (ABM) pertama di Malaysia untuk penerapan isu-isu berkenaan dengan ketidakupayaan dan OKU di kalangan kanak-kanak bukan OKU. Bersandarkan kepada pepatah Melayu “membentuk buluh biarlah dari rebungnya”, objektif utama Kit My-CHO adalah sebagai platform advokasi serta penerapan kesedaran terhadap OKU di kalangan kanak-kanak bukan OKU. Ini selaras dengan Strategi 1, Teras Strategik 9 dalam Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2016 -2022 yang digariskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang memberi fokus untuk meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap positif di kalangan masyarakat terhadap OKU.

My-CHO Kit: Bagaiman ianya bermula

Bermula dengan nama Islamic Cakna Hal OKU Kit (i-CHO Kit) pada tahun 2015, yang memberi penumpuan kepada kanak-kanak taska dan pra-sekolah yang beragama Islam, kit ini telah dikembangkan menjadi Malaysia Cakna Hal OKU Kit (My-CHO Kit) untuk memastikan ianya dapat digunakan oleh semua masyarakat berbilang kaum, bangsa dan agama di Malaysia.

Kit ini bukanlah merupakan alat bantu mengajar yang berbentuk ‘of-the-shelf’ ataupun yang tersedia di pasaran kerana ianya direka khusus untuk membantu para pendidik dalam penerapan kesedaran terhadap OKU di kalangan kanak-kanak bukan OKU khususnya di taska-taska dan pra-sekolah.

Ianya dibina dengan teliti berdasarkan kajian PhD ketua penyelidik, Ts. Dr. Roslinda binti Alias, Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA. Lapan penyelidik daripada pelbagai latar belakang dan bidang berpadu tenaga dalam membina Kit My-CHO ini. Empat penyelidik termasuk ketua penyelidik adalah daripada Universiti Teknologi MARA, manakala seorang daripada UNITAR, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pakar dari industri serta komposer terkenal tanah air.

Secara amnya dengan sedikit penambahan dalam rekabentuk dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokan, My-CHO adalah berdasarkan prototaip Islamik Cakna Hal OKU Kit (i-CHO Kit).

Walaubagaimanapun untuk Malaysia Cakna Hal OKU Kit (My-CHO Kit), rekabentuk yang lebih inklusif (untuk semua bangsa dan agama), kualiti kotak, serta grafik-grafik bersesuaian telah dinaik taraf untuk memastikan ianya dapat digunakan dalam jangka masa panjang.

Kandungan My-CHO Kit

Kit ini mengandungi tiga modul utama yang menumpukan kepada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan pertuturan serta ketidakupayaan fizikal yang mensasarkan kanak-kanak bukan OKU yang berusia 3 hingga 6 tahun. Namun begitu, pra-syarat penggunaan Kit My-CHO adalah pengguna iaitu pendidik perlu menjalani latihan intensif bagi memastikan modul-modul dapat dilaksanakan dengan efektif dan mencapai segala objektif yang disasarkan. Latihan intensif ini adalah merangkumi ‘Disability Equality Training’ (DET) dan bimbingan penggunaan Kit My-CHO.

Ketiga-tiga modul My-CHO dibangunkan selaras dengan objektif utama Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan 2008, iaitu menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum dengan mengambil kira nilai-nilai tempatan dan amalan bijak antarabangsa ke arah menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Modul ini juga membantu untuk merangsang perkembangan awal kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam cara pergaulan yang sihat, hormat-menghormati dan menyeronokkan.

Justeru itu, kesemua elemen-elemen yang diterapkan bermatlamat untuk melahirkan masyarakat yang lebih cakna, peka dan peduli kepada masyarakat terpinggir khususnya OKU dan menjadi pemangkin kepada penyertaan OKU ke dalam masyarakat seterusnya menzahirkan impian Malaysia untuk menjadi negara yang inklusif di masa akan datang.

Selain itu, sebanyak dua lagu kemasyarakatan bersesuaian dengan modul-modul My-CHO Kit, terbitan komposer terkenal tanahair, Omar K turut disertakan untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Lagu dalam My-CHO Kit: HELLO

Penulis: Buluh Perindu

Lirik: Roslinda Alias

Terbitan Omar K, WorldPeace Entertainment

Lagu dalam My-CHO Kit: KITA SERUPA

Penulis: Buluh Perindu

Lirik: Roslinda Alias

Terbitan Omar K, WorldPeace Entertainment

Pencapaian

Seminar Disability Equality Training dan Kit Malaysia Cakna Hal OKU (Kit My-CHO)

Satu seminar advokasi serta penerapan kesedaran terhadap OKU khususnya di kalangan pendidik taska di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dilaksanakan pada 30 September 2017, bertempat di Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian (PLPP) Bangi.

Seminar ini adalah merupakan pra-syarat kepada penggunaan kit pembelajaran ‘Malaysia Cakna Hal OKU Kit’ (My-CHO Kit ) l digunakan di 30 buah taska JKM di sekitar Putrajaya.

Seminar ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam memastikan masyarakat inklusif yang meraikan kepelbagaian dari segi bangsa, agama, bahasa serta keupayaan dapat dilahirkan di Malaysia. Antara pengisian seminar ini adalah ‘Disability Equality Training’ (DET) yang akan dikendalikan oleh pihak Kementerian dan diikuti dengan cara-cara pelaksanaan kit My-CHO di dalam pembelajaran di taska oleh penyelidik.

Setelah itu, perlancaran secara rasmi projek rintis My-CHO Kit di 30 buah taska di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh YB Datuk Hjh. Azizah bt. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pemaklulman dan Jemputan Khas daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada VC UiTM ke Seminar DET dan Penggunaan My-CHO Kit

Surat Pemakluman ke UiTM.pdf
Kad Jemputan UiTM.pdf

Laporan Malaysia Cakna Hal OKU Kit di dalam Ruangan INFINITI, KOSMO: 18 Oktober 2017

My-CHO Kosmo 1.pdf

Hakcipta My-CHO Kit

Untuk kedua-dua lagu HELLO dan KITA SERUPA, hakcipta adalah terpelihara di bawah syarikat rakaman WorldPeace Entertainment.

Produk My-CHO Kit serta Manual penggunaan My-CHO Kit telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek.

My-CHO Kit.pdf
Manual My-CHO KIt.pdf

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat