Teknologi dalam PdPc

Penggunaan teknologi amatlah membantu dalam PdPc terutamanya dalam menghadapi dan memenuhi keperluan pembelajaran generasi Y dan Z masa kini dan tidak lama lagi, generasi Millenia akan muncul di pengajian tinggi.

Pelbagai alatan dan aplikasi serta platform digunakan dalam memastikan PdPc dapat berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama objektif pembelajaran berjaya dicapai.

Blended Learning / Pembelajaran Teradun melalui i-Learn

Bermula tahun pertama iaitu tahun 2006 saya bergelar pendidik di UiTM, saya mengguna pakai platform Learning Management System (LMS) UiTM yang dikenali sebagai i-Learn.

Pada ketika itu, istilah 'blended learning' ataupun pembelajaran teradun masih lagi hijau di kalangan para pendidik. Kesemua bahan PdPc saya diletakkan di dalam i-Learn dengan matlamat utama untuk mendedahkan kepada para pelajar penggunaan platform yang masih baru di Malaysia ketika itu.

Pada tahun 2008 saya telah menerima anugerah e-Learning peringkat UiTM, bagi kategori bahan pengajaran yang paling komprehensif untuk bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan UiTM. Anugerah e-Learning peringkat tertinggi di UiTM ini adalah sebagai penghargaan kepada para pensyarah yang konsisten dalam penggunaan platform LMS UiTM dalam menghasilkan pembelajaran yang bermakna buat para pelajar.

Sehingga kini, i-Learn adalah antara platform utama dalam PdPc saya. Antara perkara yang dilaksanakan di bawah platform ini adalah perkongsian bahan-bahan PdPc, pemakluman dan notifikasi pengajaran, kerja khusus, muat naik markah, ujian maya (online test) dan sebagainya.

Blended Learning / Pembelajaran Teradun melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram

Sejajar dengan peredaran zaman, media sosial telah menjadi satu platform yang penting bagi komunikasi efektif terutamanya di kalangan generasi masa kini.

Saya juga turut tidak ketinggalan menggunakan teknologi disruptif ini untuk melancarkan proses PdPc. Seperti yang telah ditekankan sebelum ini, inovasi PdPc saya berevolusi mengikut peredaran dan keperluan para pelajar.

Penggunaan i-Learn secara tunggal tidak mencukupi bagi memastikan keefisyenan PdPc terutamanya bagi generasi Y dan Z. Mereka memerlukan satu platform yang cepat dan mudah dalam PdPc. Di sinilah munculnya idea penggunaan aplikasi Whatsapp dan Telegram di dalam PdPc sama ada ketika dan selepas kelas.

Platform ini bukan hanya memberi sokongan akademik kepada para pelajar malahan menjadi wadah perbincangan secara tidak formal dan santai di kalangan pelajar dan pensyarah. Aplikasi ini juga digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang pemalu di dalam kelas fizikal dan seterusnya mengurangkan jurang dominasi antara pelajar aktif dan pasif di dalam kelas bersemuka.Ini secara tidak langsung dapat memenuhi kehendak para pelajar dan menggalakkan pembelajaran yang lebih bermakna di kalangan mereka.


Contoh Kumpulan Sokongan Maya dalam Aplikasi Whatssapp dan Telegram

Kumpulan Telegram Semester Mac - Julai 2019

Kumpulan Whatssapp Semester Mac-Julai 2018

Selain itu, penggunaan aplikasi Whatssapp dan Telegram juga digunakan untuk perbincangan formal dan berstruktur di dalam kelas. Perkongsian dan perbincangan di dalam platform dipancarkan terus ke dalam kelas menerusi penggunaan versi Web. Ini secara tidak langsung menggalakkan perbincangan di dalam kelas.

Contoh perbincangan formal dan berstruktur menggunakan aplikasi Telegram versi Web.

Kaedah pelaksanaan:

Para pelajar diberikan satu soalan perbincangan bersturuktur. Mereka diberikan masa 5 - 7 minit untuk mencari jawapan dan bersiap sedia dengan jawapan mereka. Setelah itu, mereka berkongsi jawapan secara serentak.

Kaedah ini dapat mengelakkan daripada sebarang 'pencelahan' tidak formal yang mengganggu kelancaran perbincangan.

Jawapan yang diberikan dipancarkan di dalam kelas untuk proses perbincangan seterusnya.

Kaedah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) Berbantukan Teknologi

Antara tujuan adaptasi PAK-21 di dalam kelas/kursus adalah untuk memupuk skil 4Cs (communication, creativity, critical thinking, collaboration) di kalangan para pelajar agar mereka lebih berketrampilan dan yakin diri untuk memenuhi aspirasi Lonjakan Pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025 Malaysia - melahirkan graduan berciri keusahawanan dan seimbang.

Selain daripada penggunaan aplikasi Whatsapp dan Telegram di dalam dan luar kelas, teknologi mobil iaitu penggunaan telefon bimbit juga digunakan sebagai pemangkin perbincangan di dalam kelas.


Kaedah-kaedah Pelaksanaan

1) Penggunaan teknologi mobil

Para pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing dan susunan kerusi meja disatukan di dalam kumpulan untuk memudahkan proses perbincangan. Topik-topik perbincangan berkaitan dengan kursus/subjek diutarakan dan para pelajar perlu menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk mencari maklumat dan setelah itu, setiap kumpulan akan berkongsi maklumat berkenaan di dalam kelas.

2) Penggunaan 'sticky notes'

Ianya bertujuan memupuk daya kreativiti, pemikiran kritis dan kolaborasi di kalangan pelajar. Para pelajar dikehendaki berdiskusi dan menjana idea bersama di dalam kumpulan sebelum membentangkan idea mereka di dalam kelas melalui 'sticky notes' yang disediakan.

3) Pembinaan Prototaip / Model

Selain itu, penjanaan skil 4Cs juga direalisasikan melalui pembinaan prototaip alatan ataupun model berdasarkan topik. Seperti contoh, dalam kursus EDU455 - Instructional Technology, terdapat topik berkaitan teknologi pendidikan di masa akan datang. Para pelajar diberikan peluang untuk menjangka teknologi yang akan digunakan di masa akan datang melalui pembinaan prototaip ataupun model di dalam kumpulan.

Selain itu, bagi kursus EDU550 - Educational Psychology, para pelajar dikehendaki untuk menghasilkan inovasi berasaskan PAK-21 yang dapat membantu PdPc terutamanya dari aspek motivasi para pelajar. Mereka kemudiannya dikehendaki memaparkan hasil inovasi berkenaan di dalam pameran kecil untuk penilaian.

Model teknologi masa depan di dalam PdPc (EDU 455)

Model teknologi masa depan di dalam PdPc (EDU 455)

Inovasi-inovasi berasaskan PAK-21 dalam EDU550 - Educational Psychology

Inovasi-inovasi berasaskan PAK-21 dalam EDU550 - Educational Psychology

Inovasi-inovasi berasaskan PAK-21 dalam EDU550 - Educational Psychology

4) Penggunaan aplikasi kuiz maya

Selain itu, penggunaan aplikasi kuiz maya seperti Kahoot dan Mentimeter juga digunakan untuk menarik penglibatan para pelajar di dalam kelas. Aplikasi ini juga digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan PdPc dalam satu-satu topik yang telah dibincangkan sebelum ini.

Characteristics of the Best Teachers.pdf

5) Penghasilan dan penggunaan video pendek

Penghasilan video pendek untuk pengukuhan dan pemantapan pelajar bagi satu-satu topik juga turut dilaksanakanmelalui aplikasi seperti Powtoon dan Doodly. Selain itu, video-video sedia ada daripada YouTube juga turut digunakan untuk memantapkan pemahaman para pelajar dalam satu-satu topik perbincangan. Lagu-lagu berkaitan topik dalam YouTube juga turut digunakan dalam membantu para pelajar mengingat dan memahami dengan lebih mendalam teori-teori yang telah dibincangkan.

Contoh video pendek yang dihasilkan menggunakan PowToon untuk pemantapan dan pengukuhan pelajar

Contoh video pendek yang dihasilkan daripada aplikasi Doodly untuk pemantapan dan pengukuhan pelajar

Antara contoh video pendek daripada YouTube untuk pengukuhan dan pemahaman dalam kelas berkenaan dengan salah satu topik di dalam EDU 550 - Educational Psychology

Contoh lagu berkaitan topik perbincangan untuk memantapkan pemahaman

6) Penggunaan video interaktif melalui aplikasi Edpuzzle

Selain daripada penghasilan video pendek serta penggunaan video pendek yang sedia ada, interaktif video juga ada digunakan di dalam PdPc. Aplikasi Edpuzzle digunakan dalam penghasilan video interaktif dalam memastikan para pelajar benar-benar memahami konsep yang telah dibincangkan.

Soalan-soalan diutarakan sepanjang durasi penayangan video berkenaan dan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar juga dinilai. Dengan ini, para pensyarah dan pelajar dapat menilai tahap keberkesanan topik yang telah dibincangkan.

7) PdPc di dalam Smart Classroom

Terdapat dua buah kelas telah terlibat di dalam Projek Rintis PdPc di dalam Smart Classroom. Penggunaan Smart Classroom adalah bertujuan memberi pengalaman kepada para pelajar tahun akhir di bawah seliaan saya menggunakan teknologi terkini dan kaedah pengajaran terkini yang berasaskan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21).

8) Penggunaan BOT internet melalui aplikasi Telegram.

Selain itu, dalam memperkenalkan teknologi terkini di dalam PdPc, undian secara online berkaitan keberkesanan topik melalui aplikasi BOT Telegram turut diperkenalkan bermula tahun 2019. Ianya ibarat sambil menyelam minum air, selain daripada penilaian PdPc, para pelajar juga didedahkan teknologi terkini yang semakin meluas digunakan di dalam semua aspek kehidupan.

9) Padlet dalam PdPc

Aplikasi Padlet juga digunakan terutamanya apabila terlibat di dalam pengendalian kursus-kursus di dalam mahupun di luar UiTM. Selain daripada ianya membolehkan tenaga pengajar berkongsi maklumat bahan kursus, Padlet juga memudahkan komunikasi dua hala serta dan mendapatkan maklum balas PdPc daripada peserta kursus.

Impak ke atas pelajar

Kaedah PdPc yang digunakan menerima respon yang positif daripada pelajar. Namun begitu masih banyak lagi ruang penambahbaikan daripada semasa ke semasa untuk memantapkan PdPc saya di masa akan datang.

Melalui borang maklum balas yang diedarkan kepada pelajar berikut adalah beberapa petikan komen positif berkaitan dengan PdPc saya.

  1. "Method yg diajar sngt berkesan utk sy dkelas. Penerangan sngt bgos dan madam sngt pandai pengawal situation. You are the best teacher and lecturer " (Pelajar A, Educational Psychology).
  2. "Kaedah PdPc sangat membantu pelajar memahami isi pembelajaran dengan mudah. Sebagai contoh, video youtube berkaitan topik yang diajar ditontonkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu, penggunaan "edpuzzle" yang mana memudahkan pelajar untuk memahami topik tertentu kerana disini pelajar dapat menonton video ringkas yang dikongsikan oleh pelajar-pelajar lain" (Pelajar B, Educational Psychology).
  3. "Clear and easy to understand with good class engagement" (Pelajar C, Instructional Technology).
  4. "Menarik minat pelajar dengan memberitahu tentang info semasa, drama/cerita yang berkenaan dengan IT, apps baharu dan cara menggunakan microsoft dengan lebih berkesan" (Pelajar D, Instructional Technology).
  5. "sangat menarik" (Pelajar E dan F, Professional Development).
  6. "-pengunaan teknologi dalam PdPc memberi pendedahan kepada bakal guru akan pengunaan teknologi dalam PdPc. -pembelajaran yang mengetengahkan pelajar sebagai sumber PdPc yang utama.-menggalakkan perbincangan dua hala. " (Pelajar G, Professional Development).
  7. "smart classroom (the use of) and rapport with students (a good)" (Pelajar H, Professional Development).
  8. "Real world experience & use of technology" (Pelajar I, Professional Development)

Kembali ke sub-menu Inovasi PdPc

PdPc Untuk UiTM

PdPc Untuk Masyarakat