Bahasa Melayu merupakan suatu alat atau medium utama komunikasi bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Namun, keunikan bahasa Melayu di Malaysia ini terletak pada variasi dialek yang wujud di seluruh negeri dalam Malaysia. Laman ini akan mepersembahkan hasil dapatan pelajar Sarjana Muda Bahasa Melayu Kontemporari dengan Media Interaktif, Semester 5, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam kajian dialektologi mereka di serata Malaysia.
Memperkenalkan variasi dialek Melayu dalam Malaysia.
Menyelami keindahan perbezaan kosa kata, gaya bahasa dan sebutan setiap dialek.
Menghargai sejarah dialek Melayu dalam membangunkan masyarakat harmoni.
PETA MALAYSIA
Dalam dunia yang semakin moden ini, dialek Melayu semakin terancam oleh penggunaan bahasa standard dan pengaruh bahasa asing. Justeru, usaha memelihara dan memahami dialek tempatan adalah penting untuk memastikan warisan ini terus hidup dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mari kita sama-sama terokai keindahan variasi dialek dalam Malaysia.