Bidang fonologi merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi ini digunakan dalam sistem bahasa tertentu. Bidang ini umumnya disebut sebagai “fonemik” atau functional phonetic. Menurut Noam Chomsky (1965), fonologi sebagai struktur mental yang mengatur bunyi yang dihasilkan dan diterima dalam bahasa.
Tuntasnya, terdapat perbezaan bunyi yang jelas antara dialek Perak di Lenggong dan bahasa Melayu standard, Terdapat juga perkataan yang hanya berubah bunyi pada hujung perkataan sahaja seperti pulo yang membawa maksud pulau. Masyarakat disini juga dilihat banyak menggunakan penggantian bunyi konsonan [r] kepada [ɣ ], yang dilihat lebih memberi penekanan kepada sesuatu ayat contohnya kata merah menjadi meghoh. Penduduk di sini juga banyak menggunakan bunyi vokal [o] pada akhir ayat seperti kata bakar menjadi bako.