Kedah merupakan negeri yang terletak di bahagian utara peta semenanjung Malaysia.
Keluasan negeri adalah seluas 9425km² persegi dan digelar sebagai negeri jelapang padi kerana negeri ini merupakan pengeluar dan sumber utama padi kepada masyarakat di seluruh Malaysia.
Keluasan sawah padi di Kedah tidak tertanding dengan negeri yang lain kerana merupakan pengeluar padi terbesar melebihi 50 peratus daripada seluruh Semenanjung Malaysia.
Terdapat 12 pembahagian daerah di negeri ini:
Setiap daerah mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri sama ada dari segi ekonomi, geografi mahupun budaya.
Ibu negeri bagi Kedah ialah Alor Setar.
Di Kedah juga terdapat tempat pelancongan yang menarik seperti di daerah Langkawi.
Setiap daerah membawakan dialek seakan sama tetapi bunyi yang sedikit berbeza. Hal ini dikatakan demikian kerana pengaruh kedudukan geografi bagi setiap daerah.
Walau bagaimanapun, kajian telah dibuat dan temubual juga telah dijalankan.
Responden bagi temubual kajian ini telah menetap di daerah Kota Setar hampir enam abad.
Beliau berasal daripada negeri Kedah dan telah menetap di Alor Setar sejak lahir.
Penggunaan dialek yang digunakan juga tidak kelihatan kekok ataupun dibuat - buat sebaliknya kelihatan lebih natural dalam penyampaiannya.
Artikulasi beliau juga kelihatan berada dalam keadaan yang baik dan sangat membantu dalam pengumpulan data.
Hal ini dikatakan demikian kerana jika alat artikulasi responden tidak berada dalam keadaan yang baik, sekaligus akan mempengaruhi cara sebutan dan penyampaiannya.
Perkara ini terbukti memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pengumpulan data dan maklumat yang tepat.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu pengumpulan data dalam temu bual. Pemilihan responden diambil kira dalam kajian ini supaya dialek yang disampaikan merupakan dialek yang asli. Umur responden yang dipilih juga adalah dalam lingkungan 50 hingga 80 tahun. Sebelum temu bual dijalankan, penyediaan soalan perlu diberikan kepada responden supaya pihak responden mendapat bayangan awal cara untuk menjawab ketika temu bual diadakan.
Analisis aspek fonologi melihat perubahan bunyi dalam perkataan berdasarkan dialek tempatan. Ciri khas dialek Utara Kedah misalnya di Taman Setia, Alor Setar ialah penyesuaian bunyian konsonan dan konsonan rangkap yang mempunyai ciri khas. Rujuk jadual di bawah:
Analisis aspek morfologi memberi tumpuan kepada struktur, pembentukan perkataan, dan pengubahan kata dalam sesuatu bahasa. Dalam dialek ini, terdapat pengguguran atau pemendekan imbuhan tertentu, terutama dalam kata kerja. Dapat dilihat berdasarkan jadual di bawah:
Kajian tentang makna dalam bahasa iaitu bagaimana perkataan, frasa atau ayat yang memberi makna kepada penutur dan pendengar. Tambahan lagi, ia meneliti makna perkataan dalam konteks penggunaannya. Dialek Alor Setar sering kali meminjam makna baru kepada perkataan berdasarkan konteks budaya. Ini dapat dilihat berdasarkan data bahasa di jadual di bawah:
VIDEO PERBUALAN BERSAMA INFORMAN
Nama Informan: Hassan
Umur: 57 Tahun
Jantina: Lelaki
Pekerjaan: Penjawat Awam
Asal: Alor Setar
Tempoh Maustatin: 57 Tahun
TEQIMA KASEH!