PENGENALAN
“The Golden State of Malaysia”, itulah nama yang diberi kepada Selangor yang merupakan antara negeri paling maju dan progresif di Malaysia. Sebagai penjana ekonomi terbesar Malaysia, Selangor terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan. Pemerintahan Selangor diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya. Negeri ini mempunyai keluasan 7,951 km persegi, terdiri dari sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam yang terletak dalam dua daerah iaitu Petaling dan Klang.
Bandar Baru Bangi merupakan sebuah bandar terancang yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bermula pada tahun 1974. Kawasan ini dahulunya adalah ladang kelapa sawit yang dikenali sebagai West Country Estate, dengan keluasan 5,118 ekar. Proses pengambilan tanah oleh kerajaan negeri Selangor berlangsung secara berperingkat antara tahun 1972 hingga 1978, bermula dengan Seksyen 1 yang melibatkan pembinaan 200 unit rumah kos rendah, sederhana, dan tinggi.
Seksyen 15 adalah antara 16 seksyen yang membentuk Bandar Baru Bangi. Seksyen 15 merupakan kawasan perumahan matang yang terletak berhampiran dengan bandar Kajang. Kawasan ini menawarkan kemudahan seperti sekolah, taman rekreasi, dan pusat komersial yang memenuhi keperluan penduduk setempat.
Seksyen 15 dikenali sebagai kawasan perindustrian ringan dan komersial. Ia menempatkan pelbagai kilang, pejabat, dan premis perniagaan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat. Pembangunan di Seksyen 15 bermula seiring dengan pembangunan keseluruhan Bandar Baru Bangi, yang mana kerja-kerja pembangunan berakhir pada tahun 2007 dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang, dan sebuah kompleks pejabat.
Secara keseluruhan, Bandar Baru Bangi telah berkembang pesat sejak penubuhannya, menjadi pusat pendidikan, perindustrian, dan perumahan yang penting di Selangor. Kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadikannya pilihan popular bagi penduduk yang mencari keseimbangan antara kehidupan bandar dan persekitaran yang lebih tenang.
Dialektologi merujuk kepada kajian mengenai variasi bahasa yang wujud dalam sesuatu kelompok masyarakat berdasarkan faktor geografi, sosial, dan budaya. Bandar Baru Bangi, khususnya di Seksyen 15, memiliki nilai menarik untuk memahami bagaimana faktor lokasi mempengaruhi perbezaan bahasa atau dialek yang digunakan oleh penduduk setempat. Dalam konteks ini, kajian dialektologi memainkan peranan penting dalam memahami dinamika linguistik serta identiti komuniti di kawasan tersebut.
Kajian dialektologi membolehkan penyelidik mengenal pasti perbezaan sebutan, kosa kata, dan struktur ayat penduduk di Seksyen 15. Walaupun kawasan ini terletak berdekatan dengan Bandaraya Kuala Lumpur yang lazimnya menggunakan bahasa Melayu standard, faktor seperti latar belakang penduduk, migrasi, dan interaksi sosial berpotensi mewujudkan variasi bahasa yang unik. Melalui kajian ini, kita dapat memahami bagaimana perbezaan ini terbentuk dan berkembang.
Selain itu, dialektologi membantu dalam pemeliharaan dan dokumentasi dialek tempatan. Bahasa atau dialek tempatan sering kali menghadapi risiko kepupusan akibat proses globalisasi dan urbanisasi. Dengan menjalankan kajian di kawasan seperti Seksyen 15, penyelidik dapat merekod ciri-ciri unik bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat untuk tujuan dokumentasi dan pemeliharaan warisan linguistik.
Tambah lagi, kajian ini turut memberikan impak terhadap pembangunan pendidikan dan komunikasi. Pemahaman tentang variasi dialek membolehkan pihak berkuasa pendidikan merangka kurikulum yang lebih inklusif dan sesuai dengan realiti linguistik masyarakat setempat. Selain itu, kajian dialektologi juga dapat membantu dalam pembangunan bahan komunikasi yang lebih efektif untuk penduduk di kawasan tersebut.
Kesimpulannya, kajian dialektologi bukan sahaja penting untuk memahami variasi bahasa di sesuatu kawasan seperti Bandar Baru Bangi Seksyen 15. Juga berperanan dalam usaha memelihara warisan linguistik, meningkatkan kefahaman antara komuniti, serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan sosial. Oleh itu, kajian dalam bidang ini wajar diberi perhatian yang lebih serius oleh para penyelidik untuk merungkai nilai bahasa yang terdapat di negeri ini.
METODOLOGI
Metodologi kualitatif merupakan pendekatan penyelidikan yang bertujuan untuk memahami pengalaman, perspektif, dan keadaan sosial melalui data yang dikumpul. Salah satu kaedah utama dalam metodologi ini ialah temu bual yang memperuntukkan interaksi langsung antara penyelidik dan informan kajian. Temu bual adalah proses pengumpulan data melalui pertukaran lisan antara penyelidik dan informan. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mendalam tentang pengalaman, pandangan, atau makna yang dilampirkan oleh pengkaji terhadap data yang diperoleh melalui informan. Dalam kajian kualitatif, temu bual membolehkan eksplorasi isu secara fleksibel dan terperinci sekaligus dapat memahami situasi kompleks yang sukar diukur secara kuantitatif.
ANALISIS DIALEK
Dialek Bandar Baru Bangi Seksyen 15, Bangi, Selangor mempunyai ciri khas yang boleh dianalisis melalui tiga komponen utama iaitu aspek fonologi, morfologi, dan semantik.
FONOLOGI
Analisis fonologi merujuk kepada kajian mengenai bunyi-bunyi dalam bahasa, bagaimana bunyi-bunyi tersebut dihasilkan, dan bagaimana ia berfungsi dalam pembentukan kata dan ayat. Dalam bahasa Melayu, fonologi memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu sistem bunyi dan peraturan-peraturan yang mengatur penggunaan bunyi-bunyi tersebut. Ciri khas dialek Bandar Baru Bangi Seksyen 15 atau Seksyen 4, Bangi, Selangor ialah penyesuaian bunyi vokal dan konsonan yang khas. Berikut merupakan contoh perubahan bunyi yang berlaku dalam dialek Selangor:
MORFOLOGI
Analisis morfologi dalam bahasa Melayu merujuk kepada kajian tentang struktur kata dan cara kata dibentuk. Ia melibatkan pemeriksaan terhadap komponen-komponen asas yang membentuk sesuatu perkataan, termasuk akar kata, imbuhan, dan proses pembentukan kata. Terdapat beberapa elemen utama dalam analisis morfologi yang penting untuk difahami. Dalam dialek ini, terdapat pengguguran atau pemendekan imbuhan tertentu, terutama dalam kata kerja. Berikut merupakan beberapa contoh untuk dialek Selangor dari segi morfologi:
KELAINAN LEKSIKAL
Analisis kelainan leksikal memberi tumpuan kepada perubahan suatu perkataan tetapi mempunyai maksud yang sama. Ianya merujuk kepada fenomena bahasa di mana beberapa perkataan yang berbeza dari segi bentuk dan ejaan (leksikal) membawa makna yang serupa atau hampir sama. Perbezaan ini biasanya wujud akibat variasi dialek, konteks sosial, atau latar belakang budaya pengguna bahasa tersebut. Berikut merupakan beberapa contoh kelainan leksikal dalam dialek Selangor:
KESIMPULAN
Dialek Selangor, meskipun sering dianggap sebagai varian yang mendekati bahasa Melayu baku, sebenarnya memiliki keunikan tersendiri yang mencerminkan identiti budaya, sejarah, dan sosial negeri ini. Selangor, sebagai negeri yang pesat membangun dan menjadi pusat ekonomi serta politik Malaysia, telah lama menjadi tempat pertemuan pelbagai etnik dan budaya. Hal ini memberi kesan kepada perkembangan dialek tempatan, yang terpengaruh oleh pelbagai bahasa seperti Inggeris, Tamil, Cina, dan bahasa-bahasa lain dari luar negara. Walaupun ciri-ciri dialek Selangor tidak sejelas dialek dari negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, atau Kedah, dialek ini tetap mempunyai gaya tersendiri yang mencerminkan suasana urban dan kosmopolitan negeri ini.
Dalam percakapan harian, penutur dialek Selangor cenderung menggunakan nada yang santai, tidak terlalu formal, dan mudah diterima oleh pelbagai golongan. Beberapa istilah tempatan yang sering digunakan memperlihatkan pengaruh sosial yang mencerminkan percampuran antara tradisi lama dan kehidupan moden. Misalnya, penggunaan istilah seperti “kot” yang sering dimasukkan dalam perbualan untuk menyatakan kemungkinan, atau peminjaman kata daripada bahasa Inggeris seperti “confirm” dan “best,” yang sudah menjadi sebahagian daripada pertuturan harian.
Dialek Selangor juga mencerminkan cara hidup masyarakat yang dinamis dan terbuka kepada perubahan. Ia berkembang seiring dengan perubahan zaman, tetapi masih mengekalkan unsur-unsur tradisional tertentu, terutama dalam konteks budaya Melayu. Gabungan ini menjadikan dialek Selangor bukan sahaja sebagai alat komunikasi, tetapi juga sebagai cerminan identiti unik negeri ini, yang kaya dengan sejarah, multikulturalisme, dan semangat kemajuan. Dialek ini adalah bukti bagaimana bahasa mampu mencerminkan peralihan masyarakat dari tradisional kepada moden tanpa kehilangan akar budaya.
INFORMAN
LAMPIRAN
SEKIAN, TERIMA KASIH