Negeri-negeri utara di Malaysia merangkumi Kedah, Perlis, Pulau Pinang, dan bahagian utara Perak. Kawasan ini terkenal dengan keindahan landskap, warisan sejarah yang kaya, dan dialek Melayu yang unik. Dialek di negeri-negeri ini mempunyai persamaan kerana kedekatan geografi. Namun, setiap satunya tetap mempunyai identiti tersendiri yang mencerminkan budaya tempatan.
Negeri terkecil di Malaysia, Perlis terletak di sempadan Thailand. Dialek Perlis mirip dengan Kedah tetapi mempunyai perbezaan dalam intonasi dan beberapa istilah tempatan.
Dikenali sebagai "Jelapang Padi Malaysia" kerana ia merupakan negeri dengan sejarah yang tertua dan terpanjang, termasuk Kesultanan Kedah yang berusia lebih 1000 tahun. Dialek Kedah terkenal dengan kelunakan dan istilah unik seperti "hang" untuk "kamu" .
Terkenal sebagai pusat perdagangan sejak zaman penjajahan. Ia adalah negeri yang kaya dengan bahasa dan budaya. Dialek Melayu Pulau Pinang dipengaruhi oleh pelbagai bahasa, termasuk Hokkien dan Tamil yang menjadikannya unik berbanding negeri-negeri lain.
Walaupun dialek Melayu Perak secara keseluruhan lebih dikenali di bahagian tengah dan selatan negeri tetapi utara Perak mempunyai persamaan dengan dialek Kedah dan Pulau Pinang, mencerminkan kedudukan geografi yang berdekatan.
TUDIAAA, MAI KITA BELAJAQ LOGHAT DALAM LAGU SIKIT!
ANTARA TARIAN TRADISIONAL DI NEGERI-NEGERI UTAGHA
ANTARA MAKANAN TRADISIONAL DI NEGERI-NEGERI UTAGHA
NAK HABAQ MAI KALAU NAK TAMBAH ILMU HAMPA TEKAN 'TERUSKAN', KALAU TAKMAU TEKAN 'ABAIKAN' NAH