Johor Darul Takzim merupakan salah satu negeri yang berada di arah Selatan Semenanjung Malaysia. Projek dialek yang dijalankan adalah bertujuan untuk memahami variasi bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Johor. Dialek yang digunakan di negeri ini merupakan salah satu daripada dialek-dialek Melayu di Malaysia dan ia mempunyai ciri-ciri khusus tersendiri yang membezakan daripada dialek-dialek di negeri yang lain. Dialek Johor biasanya digunakan oleh masyarakat yang berasal dari Johor.
Dialek Johor menerima banyak pengaruh daripada sejarah perdagangan dan kedudukan Johor sebagai pusat perdagangan yang penting sejak zaman Kesultanan Johor. Oleh itu, dialek ini mengandungi unsur-unsur bahasa luar seperti bahasa Arab, Tamil, dan bahasa asing lain, yang turut memberi kesan dalam sebutan dan perbendaharaan kata. Dialek Johor juga dipengaruhi oleh faktor geografi dan interaksi masyarakat, dengan beberapa kawasan di Johor, terutamanya yang berdekatan dengan Singapura, turut menggunakan variasi bahasa yang serupa. Sebagai contoh, sebutan vokal dan intonasi dalam dialek Johor cenderung lebih lembut dan berbeza daripada dialek negeri lain, seperti dialek Kelantan atau Terengganu. Dialek ini bukan sahaja mencerminkan identiti linguistik masyarakat Johor, tetapi juga membentuk sebahagian daripada warisan budaya dan sosial yang kaya dan berbeza.
Menurut seorang penulis terkenal iaitu Abdul Samad Ahmad (2007) pula mengemukakan bahawa perbezaan antara dialek Johor dengan dialek lain di Semenanjung Malaysia boleh dilihat dari segi intonasi dan sebutan beberapa vokal. Sebagai contoh, dalam dialek Johor, ada sebutan yang lebih lembut untuk beberapa huruf vokal, serta penggunaan "a" yang lebih pendek berbanding dengan dialek negeri lain seperti Pahang atau Kedah. Manakala, menurut Nik Safiah Karim (2008) iaitu seorang tokoh bahasa terkenal menyatakan bahawa dialek Johor turut mencerminkan kebudayaan dan tradisi masyarakat Johor yang kaya dengan pelbagai etnik dan latar belakang sejarah. Dialek ini bukan sahaja menggambarkan identiti linguistik, tetapi juga membentuk sebahagian daripada identiti sosial dan budaya masyarakat Johor.
Kesimpulannya, kajian tentang dialek Johor ini memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana bahasa berkembang dan dipengaruhi oleh faktor sejarah, budaya, dan geografi. Ia juga penting dalam memelihara dan memartabatkan warisan bahasa yang unik di kalangan masyarakat Johor.
Johor merupakan negeri ketiga terbesar di Malaysia terletak di selatan Semenanjung Malaysia dan bersempadan darat dengan negeri Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. Sempadan maritim Johor merupakan sempadan Malaysia dengan Singapura di selatan dan Indonesia di kedua-dua barat dan timur. Johor mempunyai keluasan 19,210 km persegi dan terbahagi kepada 10 daerah iaitu Johor Bahru (ibu negeri), Tangkak, Pontian, Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat dan Muar. Pemerintahan Johor diterajui oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim.
Pada asalnya Pejabat Majlis Daerah Simpang Renggam terletak di Bandar Renggam tetapi kepesatan pembangunan yang begitu ketara di Pekan Simpang Renggam menjadikan tumpuan kependudukannya begitu pesat sekali. Maka pada 1 Januari 1996, Pejabat ini dengan resminya dipindahkan ke Simpang Renggam sebagai pusat pentadbiran utama.
Majlis Daerah Simpang Renggam merangkumi beberapa Majlis Tempatan iaitu Renggam, Simpang Renggam, Machap, Layang-Layang. Penstrukturan semula oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1979 dengan kuasa perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai teras kepada wujudnya sebuah Kerajaan Tempatan yang berfungsi sebagai pemangkin prasarana kepada masyarakat di pendaerahan ini yang keluasaannya diwartakan di bawah Pelan Warta PW1287 (JPU.17. 1979) dengan anggaran penduduk seramai 49,780 orang terdiri dari pelbagai kaum.
Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam sebagai instrumen utama untuk mengumpul data. Temu bual dijalankan dengan informan yang merupakan penutur jati dialek Johor dari pelbagai latar belakang umur, pekerjaan, dan lokasi geografi. Informan dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan untuk memastikan variasi dan representasi yang mencukupi bagi dialek yang dikaji. Data yang diperoleh melalui temu bual ini kemudiannya dianalisis secara tematik untuk mengenal pasti ciri-ciri linguistik unik dalam dialek Johor serta variasi yang terdapat dalam komuniti penutur.
TENTANG NEGERI JOHOR
PETA NEGERI JOHOR
Negeri Johor bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang
Dialek Johor, Melaka, dan Pahang, walaupun berasal dari kawasan yang berdekatan dan bersempadan, mempunyai perbezaan linguistik yang membezakannya.
Perbezaan linguistik antara ketiga dialek ini terletak pada bunyi, kosakata, tatabahasa, dan pengaruh budaya, mencerminkan identiti unik setiap negeri.
TEMPAT MENARIK DI JOHOR
TARIAN ZAPIN DAN KUDA KEPANG
BUDAYA NEGERI JOHOR
BARAAN
SALAM KEROK
TOL
REWANG
TONTONAN MELALUI LAMAN "YOUTUBE"
TEMU BUAL BERSAMA INFORMAN
LAGU NEGERI JOHOR
TERIMA KASIH & SELAMAT JALAN