Tahniah! Anda sudah tiba di Perak 😉🤲
PENGENALAN NEGERI PERAK
Dialek Perak merupakan warisan linguistik unik yang membentuk identiti budaya masyarakat Perak. Dialek ini berbeza daripada bahasa Melayu standard dari segi sebutan, intonasi, dan kosa kata. Antara cirinya ialah perubahan bunyi “r” di hujung perkataan kepada “gh”, seperti “besar” menjadi “besagh”, serta variasi vokal seperti “kata” disebut “kato”. Ia juga kaya dengan perkataan tempatan unik, seperti “gedebeh” (besar/gemuk) dan “nyior” (kelapa). Dialek ini berbeza mengikut kawasan di Perak seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, dan Hilir Perak. Selain sebagai alat komunikasi, dialek ini penting sebagai simbol warisan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
LATAR BELAKANG DAERAH LENGGONG
Sebuah nama yang jarang didengari dan diketahui ramai namun menyimpan pelbagai sejarah dan keindahan yang amat memukau itulah Lenggong yang terletak di Hulu Perak. Daerah Hulu Perak merupakan daerah yang terbesar di negeri Perak. Kawasan ini seluas 656044 hektar (6563.5km persegi/2533 batu persegi) iaitu meliputi 31.23% kawasan daripada negeri Perak.
Majoriti daripada kawasan ini merupakan hutan simpanan kekal iaitu seluas 446,000 hektar. Di samping itu, Hulu Perak terbahagi kepada 3 daerah iaitu Gerik (1993 batu persegi), Pengkalan Hulu ( 142 batu persegi) dan Lenggong (398 batu persegi).
Keseluruhan daerah ini dipecahkan kepada 10 mukim iaitu Gerik, Kerunai , Kenering, Temenggor, Belum , Pengkalan Hulu, Blukar Semang, Lenggong, Temelong dan Durian Pipit.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual mendalam sebagai cara utama mengumpul data. Temu bual dilakukan bersama informan dari daerah Lenggong, Perak, yang merupakan penutur jati dialek tempatan. Informan terdiri daripada pelbagai lapisan umur, pekerjaan, dan kawasan di sekitar Lenggong untuk memastikan data yang diperoleh mewakili kepelbagaian dialek. Teknik pensampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan informan bagi mendapatkan variasi yang jelas. Data yang dikumpul melalui temu bual kemudiannya dianalisis secara sistematik untuk mengenal pasti keunikan linguistik dalam dialek Lenggong serta perbezaan sebutan dan kosa kata yang wujud dalam kalangan penutur.
ANALISIS DATA
TEMPAT MENARIK
Mini Amazon Kampung Beng
Galeri Tok Aki
Tasik Raban
Masjid Raja
Lata Kekabu
Bellaz kitchen
Muzium Arkeologi Lenggong
KLIK PAUTAN DIBAWAH
LAMPIRAN