Semantik ialah cabang linguistik yang menumpukan kajian terhadap makna dalam bahasa. Ia merupakan sebahagian daripada tatabahasa yang memberi perhatian kepada struktur bahasa, termasuk bidang fonetik, fonologi, morfologi, dan sintaksis. Dalam konteks dialek Johor, maksud perkataan tetap sama seperti dalam bahasa Melayu standard, namun perbezaan berlaku dari segi penggunaan leksikal. Menurut Paul Grice (1975), dalam komunikasi makna tidak hanya dipengaruhi oleh struktur bahasa sahaja namun mempunyai peraturan pragmatik yang mengawal bagaimana makna disampaikan serta diterima dalam konteks sosial,
ANALISIS SEMANTIK
Bagi kata ' baring' berubah menjadi [kerekoʔ]. Kata [kerekoʔ] membawa maksud kepada bentuk badan apabila seseorang sedang tidur atau baring iaitu berbentuk melengkung. Contoh ayat yang sering digunakan ialah
' la anok hang tido kerekok gitu'
Bagi kata 'duduk' menjadi [cetoʔ]. Kata [cetoʔ] membawa maksud perbuatan sesorang sewaktu mereka duduk iaitu duduk bersila. Contoh ayat yang digunakan ialah
'haa..duduk cetok, kan elok tu'
3.Bagi kata 'kecil' menjadi [haluwih]. Kata [haluwih] adalah daripada kata halus iaitu bermaksud kecil. Kata ini mempunyai pengaruh daripada dialek Kedah. Contoh ayat ialah
'haluihnya benang ni'
4.Bagi kata 'batu' menjadi [Sərɛʔ]. Kata ini mempunyai sama maksud dengan batu. Contoh ayat ialah
'serek apani?'
5.Bagi kata 'beri' menjadi [unjoʔ]. Kata [unjoʔ] dikaitkan dengan maksud menghulurkan sesuatu atau memanjangkan tangan untuk megambil sesuatu. Contoh ayat ialah
'unjok sikit lauk tu'
Kesimpulannya, kepelbagaian kosa kata ini berlaku disebabkan oleh turunan bahasa dari generasi ke generasi sehingga masih kekal dalam dialek Lenggong pada hari ini. Kata semantik masih banyak lagi boleh dilihat dan didengari seandainaya anda tiba di Lenggong, hal ini kerana penduduk di sini tidak banyak terdedah dengan dunia luar dan banyak berkomunikasi dengan penduduk setempat menyebabkan pengekalan dialek masih banyak digunakan. Generasi muda disini juga boleh mengetahui banyak kosa kata semantik seandainya mereka banyak bergaul dengan generasi tua di sini. Namun kini, generasi muda di Perak kurang menggunakan dialek Lenggong kerana kedengaran kekampungan dan disebabkan banyak pendedahan dengan teknologi moden seperti sosial media. Hal ini selari dengan petikan dari Berita Harian (2021), dari Norhashimah yang mengatakan generasi muda lebih selesa bertutur dalam bahasa baku kerana berasa malu apabila bertutur dalam dialek Perak yang kedengaran kekampungan. Diharapkan, melalui usaha ini masyarakat lebih memberi perhatian terhadap bahasa ibunda mereka dan memartabatkan lagi dialek tempatan agar tidak hilang begitu sahaja.