Pendekatan "chalk & talk" adalah tidak wajar bagi anak murid berkeperluan khas kerana setiap seorang mempunyai kelainan yang berbeza. Oleh itu, pendekatan pembelajaran yang khusus diperlukan untuk memupuk dan meningkatan kemahiran mereka. Pendekatan yang berkesan untuk anak murid berkeperluan khas seharusnya merangkumi perangsangan semua deria (sentuhan, penglihatan,menghidu bau, pendengaran, merasa, dan pergerakan otot & sendi).
Apakah penyelesaian yang berkesan bagi golongan anak murid berkeperluan khas yang semestinya memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dari segi sensori?
Bagaimanakah kita boleh mengurangkan beban golongan ibu bapa B40 dalam mencari perkhidmatan terapi carakerja yang sesuai bagi anak-anak?