Ramai yang memfokuskan kepentingan akademik dan jarang sekali dalam aspek sukan dan kokurikulum. Seiring dengan era pembangunan globalisasi yang mementingkan pembentukan holistik murid- murid, adalah wajar untuk memberi kepentingan dalam subjek sukan/jasmani di sekolah- sekolah bagi mengetengahkan potensi murid-murid secara menyeluruh.
Ragbi adalah sukan popular di dunia. Ia adalah sukan lasak dan selamat dimain kerana terikat dengan peraturan dan disiplin yang mampu membentuk karakter positif dan kepimpinan seseorang individu.