oleh: Khairul Fairuz bin Jumari (SK Bandar Utama Damansara 2)
Projek (3R) "Reboot; Reset; Restart; Rugby" - Ringkasan
Dengan Cikgu Kickstart Awards, saya ingin mencipta satu jenis kit ragbi yang dikenali sebagai "Reboot; Reset; Restart; Rugby" dilengkapi dengan sebiji bola dan juga merkers/ training cones serta nota ringkas berkaitan ragbi. Ramai yang memfokuskan kepentingan akademik, tetapi jarang sekali aspek sukan dan kokurikulum diketengahkan. Saya percaya sekiranya diberikan geran, anak- anak murid saya dapat berkembang secara menyeluruh dan pada masa yang sama mengetengahkan potensi mereka dalam sukan ini.