PPKI Adhwa di SK. Serom 8, Tangkak, Johor merangkumi para pelajar berkeperluan khas yang memerlukan ruang pembelajaran yang sesuai bagi keperluan kendiri masing- masing. Para pelajar yang mempunyai kondisi autisme, sindrom down, disleksia, dan masalah pembelajaran yang lain amat memerlukan pendekatan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berbeza untuk memastikan peningkatan dalam kemahiran psikomotor yang optimum and berpanjangan. Kebanyakan keluarga pelajar terdiri daripada golongan komuniti B40.
Isu/Masalah
Pelajar: Pelajar mempunyai masalah dari segi kemahiran menulis, interaksi sosial, menumpukan perhatian, dan mengikut arahan. Justeru, pelajar tidak dapat sesi pembelajaran yang berkesan.
Ibu Bapa: Tidak mampu bayar perkhidmatan terapi carakerja bagi anak- anak dan kekangan masa bekerja untuk membawa anak- anak ke terapi yang sesuai.
Perkhidmatan Terapi Swasta/Hospital: Perkhidmatan terapi diberhentikan kerana pandemik Covid-19. Peningkatan perkembangan kemahiran murid terjejas.