Pengenalan Program
Program Women in Leadership Talks merupakan sebuah program bertujuan bagi membina kapasiti pemimpin wanita yang berpotensi dengan melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran pemimpin-pemimpin wanita yang telah berjaya. Dengan penglibatan para penceramah wanita yang berjaya dalam industri yang diceburi, para pelajar akan dapat menjadikan pemimpin-pemimpin wanita ini sebagai sumber inspirasi. Para pelajar juga akan dapat mengenal pasti dan membincangkan mengenai cabaran yang dihadapi oleh wanita di tempat kerja semasa program ini selain meningkatkan teknik pengucapan awam mereka.
Sasaran Peserta
Pelajar perempuan dari sekolah menengah di Pulau Pinang.
Kaedah Pelaksanaan
Kem 2 hari 1 malam ini akan diadakan secara fizikal di Penang Science Cluster:
Penang Science Cluster,
Wisma Yeap Chor Ee,
Gat Lebuh China
10200 Georgetown, Pulau Pinang
*Tempat bermalam akan dimaklumkan kemudian.
Kandungan Program
Ceramah: Ceramah yang direka khas untuk pelajar perempuan ini akan mengetengahkan pelbagai topik mengenai kepimpinan seperti kualiti yang diperlukan sebagai pemimpin yang efektif, contoh gaya kepimpinan, komunikasi efektif, daya penyelesaian masalah, pembinaan rangkaian serta pengurusan stress. Ceramah akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin wanita yang berjaya di dalam industri mereka.
Bengkel: Pelbagai aktiviti akan dijalankan semasa bengkel yang akan meningkatkan kemahiran yang penting untuk pemimpin seperti tips serta latihan dari segi teknik pengucapan awam seperti komunikasi efektif beserta bahasa badan. Bengkel ini juga akan memberikan fokus yang lebih kepada isu-isu yang dihadapi oleh wanita di tempat kerja beserta perbincangan mengenai cara untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
Maklumat lanjut akan dimaklumkan apabila tersedia.
Pendaftaran
Pertanyaan & Soalan
Nik
0111-6092641
kamila@pscpen.com
Hubungi Kami