TechMentor LEGO Robotics adalah program yang menawarkan aktiviti kokurikulum dengan memperkenalkan kepada pelajar mengenai pengaturcaraan, mekanikal dan robotik dengan menggunakan peralatan berasaskan LEGO. Set robotik LEGO yang digunakan adalah EV3 dan SPIKE. Pada 2024, program ini diperkenalkan semula dengan nama Robotics-on-Wheels (RoW), bermaksud pihak PSC yang akan bergerak ke sekolah-sekolah di sekitar Pulau Pinang. Sebanyak 60 slot yang dibuka (30 kepada mana-mana sekolah, 30 hanya kepada sekolah-sekolah di bawah PERDA) bagi diisi oleh sekolah-sekolah yang berminat.
Terbuka kepada pelajar sekolah rendah berumur 10 - 12 tahun sahaja.
*RoW EV3 terbuka kepada mana-mana sekolah berminat, manakala RoW SPIKE hanya bagi sekolah-sekolah PERDA
Modul pembinaan
Driving Base
Modul pengekodan
Gerak dan Pusing (Motors)
Objek dan Halangan (Sensor Ultrasonic dan Sensor Daya)
Warna dan Garisan (Sensor Warna)
Modul pembinaan
Driving Base 3
Modul pengekodan
Gerak dan Pusing (Motors)
Objek dan Halangan (Sensor Jarak dan Sensor Daya)
Warna dan Garisan (Sensor Warna)
Masa Agenda
8.30 pagi : Pasukan Penang Science Cluster tiba di sekolah
8.45 pagi : Pengenalan kepada Penang Science Cluster
9.00 pagi : Aktiviti 1:
Pengenalan kepada platform pengaturcaraan LEGO (SPIKE/EV3 CLASSROOM)
Pengenalan kepada komponen robotik
10.00 pagi : Pembinaan robot
10.30 pagi : Rehat (berubah mengikut waktu rehat pelajar)
11.00 pagi : Aktiviti 2: Modul Pergerakan (motor)
12.00 ptg : Aktiviti 3: Modul Sensor
1.15 ptg : Mengemas dan menyusun semula komponen robot
1.30 ptg : Tamat