Pengenalan Program
Program Girls in STEM ialah satu program yang direka khas untuk pelajar perempuan yang mengetengahkan mata pelajaran STEM. Program ini penting bagi menggalakkan pelajar perempuan untuk memilih mata pelajaran STEM sebagai bidang pengajian tinggi dan memastikan pelajar perempuan terdedah kepada bidang STEM terutamanya kejuruteraan dan sains komputer. Program ini juga akan melibatkan kerjasama daripada jurutera dari kilang-kilang di Pulau Pinang yang berperanan sebagai mentor seterusnya memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk menceburi bidang STEM dalam bidang pengajian tinggi mahupun kerjaya.
Sasaran Peserta
Pelajar tingkatan satu, dua dan tiga daripada sekolah menengah di Pulau Pinang.
Kaedah Pelaksanaan
Bengkel ini akan diadakan secara fizikal di Penang Science Cluster:
Penang Science Cluster,
Wisma Yeap Chor Ee,
Gat Lebuh China
10200 Georgetown, Pulau Pinang
Kandungan Program
Program ini mengandungi tiga modul iaitu modul sains, teknologi dan kejuruteraan. Modul sains akan memberi peluang kepada pelajar untuk membina Foldscope iaitu sejenis mikroskop kertas. Selepas Foldscope siap dibina, para pelajar akan diberi kerja kumpulan untuk melihat slaid yang disediakan dibawah foldscope dan mengambil imej tersebut. Pelajar juga perlu membuat pembentangan mengenai fakta-fakta menarik berkenaan dengan imej yang telah diambil.
Bagi modul teknologi, modul ini akan mengetengahkan kemahiran penciptaan permainan komputer menggunakan perisian MakeCode. Pelajar akan diberi cabaran untuk mencipta permainan sendiri dan mereka perlu membentangkan permainan tersebut. Pelajar juga akan menghasikan jambatan yang kukuh bagi modul kejuruteraan yang akan membantu pelajar untuk lebih memahami mengenai pembinaaan struktur bangunan yang lebih stabil. Bengkel ini akan juga akan dihadiri oleh mentor-mentor dari industri yang akan memberi inspirasi kepada pelajar yang terlibat.
9.00pagi - Pengenalan Program & Sesi Pengenalan
9.30pagi - Modul Sains
11.30pagi - Modul Teknologi
1.00tengah hari - Makan Tengah Hari
2.00petang - Modul Teknologi
2.30petang - Modul Kejuruteraan
4.30petang - Perkongsian &Penutup
5.30petang - Bersurai
Pendaftaran
Pertanyaan & Soalan
Nik
0111-6092641
kamila@pscpen.com
Hubungi Kami