Pengenalan Program
Program ini direka untuk membawa pameran berteknologi tinggi, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta panel pendidikan untuk mencetuskan minat para pelajar serta memberikan pendedahan dan pengalaman terhadap STEM. Program Tech-on-Wheels akan membawa peralatan dan perkakasan yang terkini, aktiviti-aktiviti yang menarik, pertunjukan sains serta panel-panel pendidikan ke sekolah dan pusat komuniti. Konsep pameran ini adalah bersandarkan kepada konsep Pameran Mini Sains dan membolehkan para pelajar dan pelawat mengalami, memahami dan menyelami konsep STEM secara lebih mendalam dan bermakna.
Sasaran Peserta
Pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang
Kaedah Pelaksanaan
Secara fizikal di sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang
Kandungan Program
Penang Science Cluster akan menyediakan pameran STEM, aktiviti, dan panel pendidikan untuk dibawa ke sekolah. Contoh pameran yang sedang dijalankan oleh ATCoW ialah:
3D Printing
Augmented and Virtual Reality
Robotik
Neurosains
Teknologi Mikroskopi
Dron
Sains DNA
Pendaftaran
bit.ly/tech-on-wheels-interest
Pertanyaan & Soalan
Shafawi Mustaqim
011-19104186
shafawi@pscpen.com
Hubungi Kami