Project Ignite Junior ialah satu inisiatif untuk meningkatkan minat pelajar sekolah rendah terhadap pembelajaran sains komputer dan kejuruteraan komputer. Program ini mengetengahkan kemahiran pengekodan dengan menggunakan Micro:bit. Aktiviti Design Thinking dengan menggunakan konsep Sustainable Developmental Goals (SDGs) juga diperkenalkan sebagai medium untuk menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran berfikir aras tinggi untuk menyelesaikan masalah serta memupuk kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar melalui aktiviti pitching.
Bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran guru dalam pengekodan program ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah berumur 10 sehingga 12 tahun mengikut kategori.
SOLEHA
011-37227302
soleha@pscpen.com