Project Ignite Senior ialah program anjuran Penang Science Cluster (PSC) yang bertujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk & Teknologi (RBT) dalam kalangan guru dan pelajar sekolah menengah. Program ini melibatkan latihan guru berkaitan Raspberry Pi Pico dan pencetak 3D, diikuti pelaksanaan sesi pembelajaran di sekolah (Competition in Schools), pendedahan pelajar kepada teknologi dan pemikiran reka bentuk (Project Ignite Senior), serta bengkel lanjutan bagi pelajar yang mereka projek terbaik ketika Project Ignite Senior. Para pelajar berpeluang untuk menghantar projek mereka ke Coolest Project Malaysia.
Memberi kemahiran kepada guru RBT dalam penggunaan Raspberry Pi Pico dan Pencetak 3D secara praktikal dalam pengajaran.
Menggalakkan pembelajaran aktif, di mana guru dikehendaki mengajar semula dan membimbing pelajar berdasarkan latihan yang diterima.
Memupuk inovasi dan daya cipta pelajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan pertandingan yang tersusun.
Garis Masa Program dan Penglibatan
Guru mengikuti latihan asas elektronik yang menggunakan mikropengawal Raspberry Pi Pico.
Sasaran: Guru RBT Tingkatan 2
Guru mengaplikasikan latihan yang di beri sewaktu Teacher Training bersama dengan pelajar-pelajar di sekolah
Sasaran: 40 Pelajar RBT tingkatan 2 atau tingkatan 3
Tarikh Akhir Laporan: 30 Julai 2025
Hadiah: 20% daripada 40 pelajar sahaja akan menerima hadiah
40 Pelajar yang terlibat di dalam Competition in Schools akan dijemput ke Project Ignite Senior bagi mempelajar modul dengan lebih mendalam selama dua hari di Penang Science Cluster.
Sasaran: 40 Pelajar RBT tingkatan 2 atau tingkatan 3
Modul: Raspberry Pi Pico, 3D Modelling, 3D Printer, Prototyping
Pelajar yang mempunyai projek terbaik yang dipilih sewaktu Project Ignite Senior akan kebengkel lanjutan yang akan berlangsung selama 2 hari setengah
Sasaran: 25 kumpulan terbaik
Modul: Advanced 3D Printer, Advanced 3D Modelling, Edu Pico dan AI camera (Husky Lens)
Bahan Pengajaran, Pautan Penghantaran Laporan dan Pengesahan Project Ignite Senior
Sila klik pada butang di bawah untuk mendapatkan akses ke setiap modul atau pautan.
Pastikan Senarai Nama telah disediakan
Pastikan guru telah menyediakan 3 keping gambar
Mengisi laporan di Pautan di bawah (Klik butang dibawah)
Pastikan Senarai Nama telah disediakan untuk dimuat turun di pautan pengesahan
Pastikan guru telah memaklumkan kepada pengetua dan ibubapa
Pastikan guru telah memberi surat kebenaran (daripada PSC) kepada pelajar untuk dibawa sewaktu program
Mengisi pautan pengesahan melalui pautan di bawah (Klik butang dibawah)
Carta Peminjaman Set Raspberry Pi Pico dan Laptop