Coding Challenge adalah satu insentif yang di lakukan untuk memanfaatkan Asas Sains Komputer (ASK) untuk tahap sekolah menengah ke dalam pengajaran dan pembelajaran bagi para pelajar.
Coding Challenge ini merangkumi program bengkel pengekodan dan mini pertandingan untuk para pelajar menyelesaikan cabaran yang di beri pada akhir bengkel.
20% pelajar daripada keseluruhan kelas layak untuk mendapatkan hadiah sagu hati untuk mini pertandingan
Bagi memperkasakan guru dalam pengekodan. Coding Challenge ini terbuka untuk penglibatan guru-guru di Pulau Pinang sebagai pembimbing kepada pelajar dengan bantuan daripada pihak PSC
Terbuka kepada guru sekolah menengah dan pelajar berumur 18 tahun dan ke bawah
Modul di bawah telah di semak mengikut DKSP dan silibus sekolah. Guru boleh klik gambar di bawah untuk mendapatkan modul, rancangan pengajaran harian dan video
SOALAN LAZIM
Pinjaman laptop akan diberikan. Setiap sekolah berpeluang meminjam maksimum 20 Laptop untuk tempoh masa seminggu/ dua minggu
Guru hanya perlu mengajar bahagian yang berkaitan dengan silibus sahaja. Modul akan diberikan kepada sekolah.
Ya, kami akan membantu dan terlibat di dalam pelaksanaan program ini untuk Kategori 2 (bagi topik mivro:bit, python, dan HTML), sebagai teknikal projek jika terdapat masalah sewaktu pembelajaran seperti memuat turun software atau projek pelajar mempunyai masalah dan juga perkara-perkara yang luar daripada silibus sekolah.
HUBUNGI KAMI