Pengenalan Program
AgriTech 2023 merupakan satu program yang dijalankan oleh Penang Science Cluster dengan kerjasama ams OSRAM. Program AgriTech 2023 bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap bidang sains pertanian, terutamanya aplikasi penggunaan lampu LED dalam tumbesaran pokok serta penggunaannya dalam bidang pertanian. Selain itu, para pelajar dapat mempeljari penggunaan sensor dalam proses pertanian dan penjagaan pokok.
Terdapat dua bengkel yang akan disediakan bagi para pelajar iaitu Bengkel 1 dan Bengkel 2. Bengkel 1 akan mengajar para pelajar cara-cara menanam dan mejaga pokok. Selain itu, para pelajar juga akan dididik teknik untuk menulis laporan saintifik dan mengumpul data serta cara menganalisasi data. Manakala bagi Bengkel 2, para pelajar akan membentangkan laporan fasa 1 yang mereka perolehi. Kemudian, para pelajar akan memplejarai cara mengaplikasikan sensor dan micro:bit dalam proses penanaman dan penjagaan pokok mereka. Bengkel 2 akan diakhiri dengan pengumuman Cabaran Kumpulan AgriTech 2023. Akhir sekali, para pelajar akan menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah untuk membentangkan hasil Cabaran Kumpulan mereka di hadapan pihak juri jemputan. Para pelajar juga akan memamerkan hasil tanaman mereka untuk dilihat oleh para tetamu jemputan dan VIP. Pemenang-pememnag Cabaran Kumpulan AgriTech 2023 akan diumumukan pada hari tersebut.
Sasaran Peserta
Program ini dibuka untuk kedua-dua sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun, hanya pelajar yang bermumur 11 tahun dan 16 tahun sahaja yang boleh menyertai program ini.
Kaedah Pelaksanaan
Bengkel 1 dan Bengkel 2 akan diadakan secara fizikal di Penang Science Cluster:
Penang Science Cluster,
Wisma Yeap Chor Ee,
Gat Lebuh China
10200 Georgetown, Pulau Pinang
Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah akan diadakan secara fizikal di ams OSRAM:
OSRAM Multihall,
Osram Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn.Bhd.,
Bayan Lepas Free Industrial Zone Phase 1,
11900, Bayan Lepas, Penang.
*Tempat boleh berubah mengikut persetujuan pihak sekolah dan pihak penaja
Kandungan Program
Program ini terdiri daripada dua bengkel yang diakhiri dengan pertandingan berkumpulan.
Bengkel 1 akan mengajar para peserta kaedah penanaman dan penjagaan pokok. Para pelajar juga akan mempelajari metodologi pemerhatian saintifik serta kaedah menulis laporan saintifik.
Bengkel 2 pula akan mendedahkan para peserta terhadap pengunaan sensor dan micro:bit terhadap tanaman mereka. Cabaran Kumpulan AgriTech 2023 juga akan diumumkan pada bengkel ini.
Pendaftaran
Pertanyaan & Soalan
Hakim Zambri
018 - 4044 408
firdaus@pscpen.com
Hubungi Kami