Pengenalan Program
Program Girls in STEM Jr ialah satu program yang direka khas untuk pelajar perempuan yang mengetengahkan mata pelajaran STEM. Program ini penting bagi menggalakkan pelajar perempuan untuk memilih mata pelajaran STEM sebagai bidang pengajian tinggi dan memastikan pelajar perempuan terdedah kepada bidang STEM terutamanya kejuruteraan dan sains komputer. Program ini juga akan melibatkan kerjasama daripada jurutera dari kilang-kilang di Pulau Pinang yang berperanan sebagai mentor seterusnya memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk menceburi bidang STEM dalam bidang pengajian tinggi mahupun kerjaya.
Sasaran Peserta
Pelajar darjah empat, lima dan enam daripada sekolah rendah di Pulau Pinang.
Kaedah Pelaksanaan
Bengkel ini akan diadakan secara fizikal di Penang Science Cluster:
Penang Science Cluster,
Wisma Yeap Chor Ee,
Gat Lebuh China
10200 Georgetown, Pulau Pinang
Kandungan Program
Program ini mengandungi tiga modul iaitu modul sains, teknologi dan kejuruteraan. Modul sains akan mengetengahkan tindak balas kimia antara bahan asid dan alkali. Pelajar akan diberi peluang untuk menghasilkan “Bath Bomb” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindak balas kimia tersebut. Bagi modul teknologi, pelajar akan diperkenalkan kepada perisian Microbit dan juga pengenalan asas dan juga antara muka Microbit. Mereka juga akan diberi peluang untuk mencipta 2 project seperti “Name Badge” dan “Shining Sunbeams”. Pelajar juga akan menghasikan “BristleBot” bagi modul kejuruteraan yang akan membantu pelajar untuk lebih memahami mengenai konduktor dan penebat serta bagaimana alatan elektrik yang mempunyai motor boleh bergerak. Bengkel ini akan juga akan dihadiri oleh mentor-mentor dari industri yang akan memberi inspirasi kepada pelajar yang terlibat.
Agenda:
9.00pagi - Pengenalan Program
9.15pagi - Modul Sains
10.15pagi - Modul Teknologi
11.15pagi - Modul Kejuruteraan
12.15tengah hari - Perkongsian dan Penutup
12.30tengah hari - Bersurai
Pendaftaran
Pertanyaan & Soalan
Nik
0111-6092641
kamila@pscpen.com
Hubungi Kami